30 Asnaf Terima Sumbangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Wartawan     : Mohd Haizul Rohani
Jurufoto        : Mohd Rizal Matasan/ Mohd Sazwan Roslan  


Kota Kinabalu : Seramai 30 orang asnaf menerima sumbangan berbentuk wang tunai daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam Majlis Istiqbal Nuzul Quran Peringkat Negeri Sabah 1445H/2024H di Masjid Negeri, pada Rabu.

Hajiji (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada asnaf orang kurang upaya (OKU). 



Hajiji (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada asnaf orang kurang upaya (OKU). 



Selain menyampaikan sumbangan, Hajiji turut berkesempatan menunaikan solat tarawih bersama para jemaah yang hadir diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Antara pengisian majlis berkenaan adalah acara Khatam Al Quran yang disertai oleh institusi pendidikan dan masjid sekitar Kota Kinabalu yang dipimpin oleh Suhaidi dan Tazkirah Khas Nuzul Quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Indonesia, Derry Sulaiman.

Arifin (tengah) turut sama dalam majlis Khatam Al Quran sempena Istiqbal Nuzul Quran Peringkat Negeri Sabah.


Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd. Arif, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Pengerusi PBNS, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar./Penerangan-

KENANGAN...Sesi foto kenangan bersama jemaah.


Comments