Operasi Pembenihan Awan (OPA): NADMA Sasar Daerah Papar, Lahad Datu dan Tawau.
Wartawan: Nuzuluddin Abdul Razak
Jurufoto: Jeffrey Nian
Kota Kinabalu – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meneruskan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah yang telah bermula pada Khamis lalu sehingga 30 Mac ini dengan menyasarkan tiga daerah terjejas kemarau iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau.
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, operasi selama tiga hari itu dilaksanakan selepas pihak NADMA menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah.
![]() |
| Empat tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan oleh pihak MetMalaysia. |
Jelasnya OPA dilaksankan bagi bagi mendapatkan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas termasuk di Sabah yang telah menyebabkan seramai 58,080 ketua isi rumah (KIR) terjejas.
“Kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu menyebabkan seramai 58,080 KIR terjejas dari 355 kampung di 12 daerah di Sabah berdepan masalah kekurangan bekalan air di mana NADMA juga memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta bagi menampung kos penghantaran bekalan air.
“Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan dengan membawa empat tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan oleh pihak MetMalaysia,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.
![]() |
| Proses memasukkan tangki air ke dalam pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan. |
![]() |
| Operasi Pembenihan Awan bermula dengan pelepasan tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air. |
“Kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah. Faktor-faktor ini membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran.
“Impak fenomena cuaca panas dan kering semasa peralihan Monsun Timur Laut turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah. Sehingga 26 Mac 2024, sebanyak 1,392 kes kebakaran hutan dan belukar dilaporkan di seluruh negeri, memusnahkan kawasan seluas kira-kira 3,800 hektar, termasuk 3.4 hektar kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok,” ujarnya lanjut.
![]() |
| Operasi pelepasan air daripada tangki akan dilakukan selepas mengenalpasti lokasi awan awan kumulus dengan kelajuan angin yang sesuai. |
Untuk makluman, selain pihak NADMA, operasi tersebut turut dijalankan dengan kerjasama padu Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Labuan./Penerangan-

.jpeg)

.jpeg)

Comments
Post a Comment