Kaamatan Medium Satukan Kepelbagaian Etnik, Budaya - Shahelmey

 Wartawan    :  Nazri Ramshah Abdul Basah
Jurufoto        :  
Merusin Minuddin


Putatan: Penganjuran Pesta Kaamatan merupakan salah satu medium menyatukan kepelbagaian etnik, agama dan budaya.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmy Yahya berkata Pesta Kaamatan akan memperkukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Shahelmy ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan.

GIMIK...Shahelmy (tiga dari kiri) bersama tetamu lain melancarkan gimik majlis.

Masawi (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Shahelmy (tiga dari kiri).

“Pesta Kaamatan bukan sahaja merupakan acara yang merayakan warisan Kadazandusun, tetapi juga menjadi titik sentuhan bagi pelbagai etnik, agama, dan budaya yang berbeza untuk bersatu dalam keharmonian.

“Selain merayakan kepelbagaian budaya dan tradisi kaum Kadazandusun anya juga merupakan satu bentuk penghargaan terhadap kelestarian warisan nenek moyang kita,” ujarnya.

Di samping itu, Shahelmy juga menekankan tiga perkara akan kepentingan perpaduan, keharmonian, dan kesejahteraan kaum terutama masyarakat di Putatan.

“Perpaduan merupakan tonggak utama dalam membangun sebuah masyarakat yang kukuh dan berdaya maju seperti di Putatan, terdapat pelbagai etnik dan agama berkongsi ruang hidup dalam suasana harmoni serta toleransi.

“Semua pihak perlu berusaha memelihara keharmonian antara kaum, mengukuhkan hubungan silaturahim dan mengamalkan nilai-nilai saling tolong-menolong agar kesejahteraan dapat dicapai secara berkekalan,” jelas beliau.

Tambahnya, kesejahteraan bukan hanya berkaitan dengan aspek ekonomi semata-mata, tetapi juga mencakupi keamanan, kesihatan, pendidikan, dan kebajikan sosial.


Antara aksi peserta akhir Unduk Ngadau 2024 Daerah Putatan.

Antara aksi peserta akhir Unduk Ngadau 2024 Daerah Putatan.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan dan Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Putatan Tahun 2024 di Dewan Sri Putatan.

Menurutnya, Pertandingan Unduk Ngadau boleh menjadi platform untuk mempromosikan kesepaduan dan integrasi nasional selain menjadi lambang keanggunan serta keindahan wanita Kadazandusun./Penerangan-

Comments