Kerajaan Negeri Lancar Program SABAH-MM2H
Wartawan : Idris Sani Saberun Jurufoto : Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) melancarkan Program Sabah-Malaysia My Second Home (Sabah-MM2H). TAKLIMAT...Murad (kanan) ketika memberi taklimat berkenaan dengan Program Sabah-MM2H serta syarat-syarat penyertaan kepada tetamu yang hadir. Menterinya Datuk Christina Liew berkata, Kabinet Negeri Sabah telah meluluskan Program SABAH-MM2H dan susulan acara pelancaran program tersebut kementeriannya bersedia menerima permohonan bermula 1 Julai ini. Jelasnya, program Sabah-MM2H bertujuan untuk memperkenalkan peluang pemilikan kediaman bagi pesara, ekspatriat atau individu warganegara asing yang ingin berpindah, menikmati kediaman jangka panjang atau memiliki rumah kedua di negeri ini. Christina ketika berucap pada majlis pelancaran Program Sabah-MM2H di Sha...