Hajiji Saksikan MoU SOGDC, Gibson
Wartawan : Hamidah Len
Jurufoto : Mohd Sazwan Roslan
KOTA KINABALU : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) bersama E.A. Gibson Shipbrokers Ltd (Gibson).
Ia termasuk pembinaan jeti khas, terminal simpanan hidrokarbon darat, loji janakuasa terapung, operasi bunkering LNG dan kapal pengangkut LNG.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Harun Ismail menandatangani bagi pihak SOGDC, manakala Gibson diwakili oleh Pengarah Urusan Roger David Harrison.
Hajiji (dua kanan) menerima cenderamata daripada Pengerusi SOGDC, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.
SOGDC dan Gibson turut menandatangani MoU secara digital untuk bekalan bahan mentah dengan Aramco Trading Singapore Pte Ltd bagi memastikan sumber mampan bagi projek berkenaan.
Hajiji (dua kiri) menerima cenderakenangan daripada Nicholas James Ward mewakili Gibson.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SKN), Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Dr Daud Yusof.
Hajiji (tengah) bergambar kenangan semasa Majlis Menandatangani Perjanjian. |
Comments
Post a Comment