JHEWA Terus Laksana Perubahan, Bela Hak Manusia Sejagat

 Wartawan        : Deonalissa Jekee Edin

Jurufoto            : Merusin Minuddin


TUARAN : Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah terus melaksanakan perubahan bagi membela hak-hak manusia sejagat.


Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata dengan mengambil kira konteks semasa dalam negara, masih terdapat beberapa halangan yang perlu ditangani dalam usaha mengangkat martabat wanita dan golongan yang memerlukan. 

Flovia ketika menyampaikan ucapan perasmian.

"Stereotaip terhadap kepimpinan wanita, perkahwinan awal usia, penganiayaan wanita dan kanak-kanak serta keganasan rumah tangga adalah antara beberapa halangan yang perlu diatasi.

"Sehubungan itu, JHEWA komited untuk melaksanakan perubahan bagi membela hak-hak manusia sejagat terutama masyarakat di Sabah.

Haslina ketika ditemui media. 

"Program Santuni Wanita hari ini menjadi wadah penyampaian perkhidmatan serta perkongsian ilmu yang sangat efektif dalam usaha JHEWA memperkasa golongan wanita serta masyarakat secara amnya agar terus relevan dan menepati keperluan semasa.

"Berbekalkan panduan yang digariskan dalam dokumen-dokumen antarabangsa yang telah digubal, banyak lagi usaha yang diperlukan demi memastikan wanita mahupun lelaki mendapat ekuiti dan kesaksamaan.

CENDERAMATA...Flovia (tengah) menerima cenderamata daripada Haslina (tiga dari kiri).

"Apabila kesaksamaan dicapai, persekitaran yang kondusif dan menyokong akan memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran, harga diri dan keyakinan untuk berjaya dalam hidup," katanya ketika berucap merasmikan Program Outreach Santuni Wanita dan Mengarusperdanakan Gender Dalam Pembangunan Luar Bandar di Dewan Seri Sulaman, pada Rabu.

KENANGAN...Flovia(depan, tengah) bergambar kenangan bersama peserta program.

Dalam pada itu, Pengarah JHEWA, Haslina Ismail mendedahkan kira-kira 650 kes berjaya diselesaikan oleh Pusat Bantuan Guaman Wanita di Sabah setakat ini.

"Bermula 2018 sehingga hari ini, Pusat Bantuan Guaman Wanita  menerima banyak kes antaranya kes perceraian, Hadanah dan Mutaah. 

"Kita ingin membantu wanita-wanita yang tidak tahu di mana jalan untuk mereka meminta bantuan dan melalui program pada hari ini, kita bawa peguam untuk menasihati supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini," ujarnya ketika ditemui media.

Flovia (tengah) menyampaikan sijil kepada Herman (tiga dari kanan).


Program Outreach Santuni Wanita berjaya menyantuni seramai 4,807 peserta daripada 55 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sejak dimulakan pada tahun 2021.

Hadir sama, Pegawai Daerah, Herman Tunggiging, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Leprus Esuvas, Pegawai Perlesenan Ibu Pejabat Polis Daerah, ASP Mohd Sholihin Ismail dan wakil Ahli Parlimen Tuaran, Jeffrey Teo./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri