Malaysia Duduki Tempat Ke-102 Kesaksamaan
Wartawan : Nazri Ramshah Abdul Basah
Foto : Jefren Malaning
| Alijah ketika berucap mewakili Flovia merasmikan penutupan forum. |
Menurutnya, meski banyak kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang, namun terdapat ruang untuk menambah baik bagi mengurangkan jurang gender.
“Seperti yang dilaporkan dalam Indeks Gender Global 2023, daripada 146 negara, Malaysia berada di tempat ke-102 dunia dalam aspek kesaksamaan gender.
“Dalam konteks ini, Gender Budgeting dan Mainstreaming adalah langkah penting bagi memastikan negara kita terus berada dalam landasan betul bagi memperkasakan golongan wanita dan masyarakat secara keseluruhannya.
| Omna Sreeni-Ong (dua dari kanan) dan Salwana Tan Sri Dato’ Mahmood (kanan) antara panel forum. |
| Alijah (dua dari kiri) menyampaikan cendera hati kepada panel Dato’ Ong Bee Leng (dua dari kanan). |
“Pembangunan yang inklusif dan adil tidak bergantung semata-mata kepada pembangunan ekonomi bahkan sejauh mana peruntukan kewangan dapat memberi manfaat kepada semua tanpa mengira jantina,” jelasnya.
| Dr. Tarsiah (dua dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Alijah (dua dari kanan). |
Flovia turut berkata, gender mainstreaming perlu dimasukkan dalam semua peringkat perancangan dan pelaksanaan program pembangunan.
“Dalam menerapkan gender budgeting, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan dasar yang digubal adalah inklusif tanpa ada sesiapa yang tertinggal.
“Meskipun gender budgeting bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan komitmen jangka panjang serta perubahan bagaimana untuk merancang dan mentadbir sumber negara,” katanya lagi.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Alijah Ismail ketika merasmikan Forum Advokasi Gender Budgeting And Mainstreaming di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, pada Selasa.
Beliau berharap dengan adanya forum sebegini dapat membuka minda semua pihak tentang pentingnya untuk menerapkan prinsip gender equality.
“Kerjasama antara sektor-sektor yang terlibat akan terus memperkasakan pengurusan gender budgeting dan memastikan akan menjadi amalan utama dalam setiap aspek pembangunan khususnya di negeri ini” tambah beliau.
Terdahulu, sesi forum diadakan dengan membawa tiga orang panel jemputan bagi memberi perkongsian di hadapan lebih kurang 200 orang peserta dari pelbagai jabatan dan agensi.
Antara yang turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Dr. Tarsiah Tz Taman, Pengerusi Jawatankuasa Gender Majlis Penasihat Wanita Sabah, Baiyah Ag Mahmon./Penerangan-
![]() |
| Alijah bergambar kenang-kenangan bersama peserta-peserta yang hadir forum. |

Comments
Post a Comment