Belanjawan 2026 Beri Tumpuan Infrastruktur, Kesejahteraan Rakyat – Hajiji
Wartawan : Suzaima Ibrahim
Jurufoto : Johny George Kimlon/ Mohd Sazwan Roslan
KOTA KINABALU: Belanjawan 2026 memperlihatkan komitmen kukuh kerajaan negeri apabila sebahagian besar peruntukan difokuskan kepada projek infrasruktur serta peningkatan projek kesalinghubungan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata fokus itu selari dengan tema belanjawan yang menekankan usaha memperkukuh rangkaian asas pembangunan negeri.
"Selain itu, tumpuan diberikan kepada isu atau masalah tiga serangkai sebagai keutamaan kerajaan iaitu air, jalan raya dan juga bekalan elektrik luar bandarnya.
"Semua perkara ini akan diberi keutamaan oleh kerajaan,"katanya ketika ditemui media selepas Pembentangan Belanjawan Sabah 2026, disini pada Jumaat.
![]() |
| Hajiji ( depan, kanan) ketika pembentangan Belanjawan Sabah 2026. |
![]() |
| Hajiji (tengah) melangkah keluar selepas pembentangan Belanjawan Sabah 2026. |
![]() |
Suasana di dalam Dewan Undangan Negeri semasa pembentangan berlangsung. |
![]() |
| Hajiji ( tengah) ketika tiba di perkarangan Dewan Undangan Negeri Sabah. |
![]() |
| Hajiji ketika ditemui media. |
Hajiji berkata, kerajaan negeri turut menitikberatkan aspek kebajikan rakyat khususnya dalam memenuhi keperluan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai pelaburan jangka panjang demi masa depan Sabah.
"Kerajaan memberi pembelaan atau bantuan kepada rakyat yang kurang berkemampuan termasuk anak-anak kita yang bersekolah melibatkan aspek pendidikan dan pembangunan modal insan,"ujarnya.
Bagi merealisasikan matlamat tema Belanjawan Negeri 2025 iaitu 'Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan', kerajaan negeri mencadangkan satu anggaran Perbelanjaan Perbekalan berjumlah RM 6.402 bilion dengan anggaran hasil berjumlah RM 6.430 bilion sekaligus mencatatkan Belanjawan Lebihan sebanyak RM 28 juta./ Penerangan-





Comments
Post a Comment