Sektor Pembinaan Diramal Meningkat Konsisten Lima Tahun Akan Datang

Wartawan    :Hamidah Len
Jurufoto    : Mohd Sazwan Roslan/Johny George Kimlon


KOTA KINABALU : Sektor pembinaan dijangka terus berkembang secara konsisten dalam tempoh lima tahun akan datang seiring pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi di seluruh Sabah.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata antara projek utama termasuk projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B merangkumi jajaran sepanjang 388 kilometer yang bakal meningkatkan keterhubungan antara daerah serta kecekapan sistem logistik dan pengangkutan.

"Dalam masa sama, Projek Menaik Taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan dilaksana bagi meningkatkan kapasiti penumpang daripada 9 juta kepada 12 juta orang setahun.

Situasi sebelum pembentangan Belanjawan Sabah 2026

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jaffry Arifin.

Hajiji (dua kanan) sebelum beredar meninggalkan Dewan Undangan Negeri Sabah.


Situasi sebelum pembentangan Belanjawan Sabah 2026.

Situasi sebelum pembentangan Belanjawan Sabah 2026.

Masidi di Dewan Undangan Negeri Sabah.

"Usaha yang sama turut akan dilaksanakan di Lapangan Terbang Tawau di mana kapasiti penumpang akan ditingkatkan daripada 1.5 juta kepada 2.5 juta orang setahun.

"Sabah dihubungkan secara terus dengan 14 destinasi antarabangsa melalui 117 penerbangan selain menerima 447 penerbangan daripada 14 destinasi domestik setiap minggu," katanya semasa membentangkan Belanjawan Sabah 2026, pada Jumaat.

Selain itu, Projek Pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar juga giat dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti pengendalian kargo daripada 0.5 juta Twenty-foot Equivalent Unit (TEU) kepada 1.25 juta TEU. 

"Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif dan projek pembangunan ini dijangka merancakkan aliran pelaburan serta meningkatkan daya tahan dan seterusnya memperkukuh aktiviti ekonomi Sabah ke arah pertumbuhan yang lebih mampan dan inklusif," ujarnya./Penerangan-

Comments