Pelan AXELERATE 2028 AFFIN Fokus Tiga Teras Pertumbuhan Ekonomi Sabah

 Wartawan :  Nazri Ramshah Abdul Basah
 Foto : Vicky Sylvester Matanjang


KOTA KINABALU: Kumpulan AFFIN (AFFIN) menumpukan tiga teras utama di bawah pelan strategik AXELERATE 2028 bagi menyokong pertumbuhan ekonomi di Sabah.

Pengerusi AFFIN Bank Berhad, Datuk Agil Natt berkata sebagai langkah strategik AFFIN akan membuka Pejabat Wilayah yang dijangka mula beroperasi pada Mac 2026.

“Tiga teras utama pelan berkenaan merangkumi khidmat pelanggan yang tiada tandingan, kepimpinan digital dan perbankan bertanggungjawab dengan impak.

Agil ketika menyampaikan ucapan.


“Di AFFIN, fokus kami adalah untuk berkhidmat kepada Sabah dengan lebih baik melalui hubungan yang lebih erat dan penyelesaian perbankan yang relevan bagi memenuhi keperluan tempatan.

“Teras ini memastikan kami kekal berdisiplin dalam cara kami melabur dan menambah baik penyampaian perkhidmatan kami,” ujarnya ketika berucap semasa AFFIN Group Market Outlook & Chinese New Year Dinner 2026, pada Jumaat.

Tun Musa (empat dari kanan) menerima skrol selepas persembahan tarian singa.


Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang turut menyempurnakan upacara menggaul yee sang bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Agil juga berkata kejayaan AFFIN tidak hanya diukur berdasarkan jumlah transaksi, sebaliknya melalui nilai hubungan yang dibina bersama pelanggan merangkumi pemegang akaun kali pertama, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakan korporat.

Tun Musa (empat dari kanan) dan Hajiji (lima dari kanan) menggaul yee sang.


"Perkembangan yang disasarkan bukan sekadar angka tetapi pertumbuhan yang menyumbang kepada masyarakat melalui keterangkuman, kemampanan, dan kesejahteraan komuniti.

"Kami komited menyokong perniagaan kecil, membantu keluarga membina daya tahan kewangan serta memastikan akses kepada perkhidmatan perbankan asas terus terpelihara," tambahnya./Penerangan-

Comments