Poland Pantau Kerjasama Pendidikan Tinggi Universiti di Sabah

 Wartawan :  Nurfatin Mohammed Yunus
 Foto :   Shahvian Mohd Razali


KOTA KINABALU : Kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dikenal pasti antara pemacu penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Poland dan Sabah.

Duta Besar Poland ke Malaysia, Krzysztof Dariusz Dobrowski berkata hubungan antara universiti berpotensi memberi manfaat akademik dan memperluas pertukaran sosial serta budaya antara kedua-dua negara.


SUASANA...Suasana ketika kunjungan hormat Krzysztof kepada Tun Musa.



“Kami melihat potensi besar untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara universiti di Poland dan di Sabah.

"Melaluinya, pelajar dari kedua-dua buah negara dapat memahami budaya dan masyarakat dengan lebih mendalam.

CENDERAMATA...Tun Musa (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Krzysztof (kanan). 



"Apabila pelajar melawat negara lain, mereka mengenali budaya serta masyarakat negara tersebut dengan lebih baik. Ini adalah aspek yang sangat penting," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Jumaat.

Tun Musa (kiri) dan Krzysztof bergambar selepas kunjungan hormat. 



Selain pendidikan, Krzysztof turut menyatakan potensi kerjasama sektor tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen di samping menjangkakan peningkatan kedatangan pelancong Poland ke Malaysia sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.


Syed Ahsan (tengah) bertukar-tukar pandangan bersama Tun Musa (kanan).



Di samping itu, Tun Musa juga menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Syed Ahsan Raza Syah yang bertujuan memperkasa pembangunan ekonomi antaranya menjadikan Pakistan lokasi pasaran minyak sawit dari Sabah.  


Syed Ahsan ketika ditemui media.


Syed Ahsan turut menyatakan kepentingan Sabah dalam pembangunan Malaysia, selain mengiktiraf negara ini sebagai negara Islam membangun yang menjadi rujukan kepada Pakistan./Penerangan-

Comments