SPR Terima Lima Laporan Kesalahan Sepanjang PRK Kinabatangan

 Wartawan :  Deonalissa Jekee Edin
 Foto :  Norazuan bin Mohd Yussof


KINABATANGAN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima lima laporan kesalahan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag.


Ramlan (tengah) ketika ditemui media. 


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata daripada jumlah berkenaan, empat merupakan kesalahan bahan kempen dan satu melibatkan provokasi.

Ramlan (kanan) berbual dengan petugas pilihan raya. 


"Laporan-laporan tersebut kini dalam tindakan pihak badan pemantau yang dilantik tanpa melibatkan sebarang laporan polis.

"Setakat tinjauan ke beberapa pusat mengundi, keadaan didapati tenang dan teratur, semua pengundi keluar dengan tertib," katanya ketika ditemui media selepas meninjau pusat mengundi di SK Bukit Garam, pada Sabtu.


TINJAU...Ramlan (empat dari kiri) meninjau proses pembuangan undi. 


Menurut Ramlan, 36 pusat mengundi dibuka bermula jam 8 pagi melibatkan 117 saluran.

Beliau berharap agar semua pihak patuh kepada undang-undang dan peraturan sedia ada serta menerima keputusan yang diumumkan malam ini.


SUASANA...Suasana jari mengundi di Pusat Mengundi SK Bukit Garam. 

"SPR badan bebas akan menjalankan tugas dengan penuh berintegriti bagi memastikan proses pilihan raya ini berjalan dengan adil, telus dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan sebarangan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengundi," tambahnya./Penerangan-


Comments