Lebih 10,000 Rakyat Meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Sabah 2026
Wartawan: Siscalistorina Janius
Foto: Johny George Kimlon/Volintine Jiloh/Mohd Sazwan Roslan
KOTA KINABALU: Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Sabah anjuran kerajaan negeri yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Selasa.
Hajiji ketika tiba di majlis Tahun Baharu Cina tersebut.
Orang ramai mula membanjiri lokasi majlis seawal jam 9 pagi bagi menyertai sambutan tahunan peringkat negeri itu.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang diiringi Isteri, Toh Puan Faridah Tussin.
| KETIBAAN...Tun Musa (tengah) bersama Toh Puan Faridah ketika tiba di majlis Tahun Baharu Cina. |
Ketibaan Tun Musa pada jam 11 pagi disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor sebelum majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku diikuti persembahan tarian singa.
SUASANA...ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di SICC.
Suasana majlis bertambah meriah apabila Tun Musa dan Hajiji menyempurnakan gimik perasmian melalui pukulan gendang yang disambut sorakan serta tepukan gemuruh para tetamu.
YEE SANG... Tun Musa (tengah) dalam acara menggaul Yee Sang.
YEE SANG... Tun Musa (tengah) dalam acara menggaul Yee Sang.
Majlis turut diserikan dengan acara menggaul yee sang yang melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan selaras dengan semangat sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.
SUASANA...ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di SICC. SUASANA...ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di SICC. SUASANA...ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di SICC. SUASANA...ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di SICC.
SUASANA...ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di SICC.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan nyanyian artis jemputan dan kumpulan tarian.
KENANGAN... Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Hajiji (lima dari kiri).
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin; menteri-menteri Kabinet negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong serta Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab.
Comments
Post a Comment