Tun Musa Terima Kunjungan Panglima 5 Divisyen

Wartawan: Siscalistorina Janius
Foto: Shahvian Mohd Razali


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.


 Tun Musa (kanan) mendengar penjelasan Noorrul .



Suasana ketika kunjungan hormat berlangsung.


Kunjungan tersebut bagi memperkenalkan diri beliau kepada Tun Musa dan Isteri, Toh Puan Faridah Tussin di samping membincangkan beberapa isu semasa berkaitan keselamatan serta pertahanan di negeri Sabah.




 Tun Musa (kanan) menerima cenderakenangan daripada Shamshor (tengah).



Shamshor,57, menggantikan Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin sebagai Panglima 5 Divisyen berkuatkuasa 30 Januari lepas sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pengarah Cawangan Tenaga Kerja, Markas Angkatan Tentera Malaysia.


Toh Puan Faridah (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Noriza (kanan).




Kenangan... Tun Musa (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama rombongan Panglima 5 Divisyen.



Hadir sama, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin dan isteri Datin Noriza Md Rashid./Penerangan-





Comments