KKTP Jelajah 25 Majlis Daerah Dapatkan Maklum Balas PBT

Wartawan    :Hamidah Len
Jurufoto        : 
 Johny George Kimlon


Tun Musa (enam dari kanan) dan Toh Puan Faridah (tujuh dari kanan) bergambar kenangan di Majlis Kesyukuran Aidilfitri di Kampung Pimping.

MEMBAKUT : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan mengadakan jelajah ke 25 majlis daerah di seluruh Sabah bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan serta cadangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata jelajah itu bermula minggu depan dengan lawatan ke beberapa daerah termasuk Penampang, Putatan, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar.

"Dalam tempoh dua minggu pertama, lima majlis daerah akan dikunjungi sebelum jelajah diteruskan ke Sandakan seterusnya ke Tawau.

"Keseluruhannya, terdapat 25 majlis daerah termasuk majlis perbandaran di Sabah yang akan disantuni bagi mendapatkan taklimat secara langsung daripada pihak majlis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Kesyukuran Aidilfitri di Kampung Pimping, pada Sabtu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Menurut Arifin, jelajah KKTP itu akan dilaksanakan serentak dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang akan memperkenalkan inisiatif Tadarus Subuh.

Tun Musa menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri.

Arifin ketika ditemui media di Kampung Pimping.

Toh Puan Faridah menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri.

Tun Musa (lima dari kiri), Hajiji (empat dari kiri), Isnin (dua dari kiri) dan Arifin (tiga dari kiri) bergambar kenangan di Kampung Pimping.



Suasana ketika ketibaan Tun Musa di Majlis Kesyukuran Aidilfitri di Kampung Pimping.


“Tadarus Subuh akan diisi dengan program khatam Al-Quran pada waktu subuh serta aktiviti bagi menggalakkan amalan bertadarus sepanjang tahun.

“Setiap program dijangka melibatkan lebih 300 peserta dan kita akan mengenal pasti lokasi sesuai di setiap daerah untuk pelaksanaannya,” katanya.

Tambah beliau, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), JHEAINS dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah turut melaksanakan program masing-masing dengan menyantuni masjid di daerah terlibat.

“Kita juga akan menyalurkan bantuan utiliti kepada masjid serta mengenal pasti keperluan pembaikan melibatkan masjid dan sekolah agama.

“Selain itu, saya akan melawat projek pembangunan sedia ada dan yang sedang dilaksanakan seperti sekolah agama negeri, masjid serta surau,” tambahnya.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih serta Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar./Penerangan-


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah