Putatan Lokasi Pertama Jelajah KKTP
Wartawan : Siscalistorina Janius
Jurufoto : Mohd Sazwan Roslan

KENANGAN...Arifin (tengah, duduk) bergambar kenangan semasa program Jelajah KKTP di Daerah Putatan.
PUTATAN : Daerah Putatan menjadi lokasi pertama Program Jelajah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) bagi meninjau isu semasa dan keperluan rakyat di peringkat pihak berkuasa tempatan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara isu yang dbangkitkan ialah keperluan menyediakan Program Perumahan Rakyat (PPR), setinggan dan kebersihan.
"Kita akan mencari jalan penyelesaian secara bersama bagi menangani perkara yang menjadi keutamaan.
"Saya menerima taklimat yang amat baik daripada Majlis Daerah Putatan dan beberapa isu telah dikemukakan," ujarnya kepada media semasa Program Jelajah KKTP di Majlis Daerah Putatan, pada Isnin.
Arifin berkata matlamat jelajah tersebut adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan dan mendengar perancangan Majlis Daerah dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Menurut beliau, sebahagian isu di daerah Putatan seperti kebersihan telah diambil tindakan oleh Majlis Daerah namun usaha penambahbaikan akan diteruskan dari masa ke semasa.
![]() |
Tapak projek pejabat baru Majlis Daerah Putatan. |
![]() |
| Arifin (tengah) semasa sesi taklimat ringkas. |
![]() |
| Arifin (dua dari kanan) ketika melawat tapak projek pejabat baru Majlis Daerah Putatan. |
![]() |
| Arifin (tengah) semasa sesi taklimat ringkas. |
Selain itu, Arifin juga memaklumkan pendekatan jelajah turut digabungkan dengan penglibatan jabatan dan agensi agama bagi memperkukuh program pembangunan komuniti.
"Antaranya kita akan adakan Tadarus Subuh yang akan diadakan di beberapa lokasi sempena jelajah ini," jelasnya yang turut melawat ke tapak projek pejabat baru Majlis Daerah Putatan.
Hadir sama, Pembantu Menteri I Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan (KKTP), Datuk Fairuz Renddan; Pembantu Menteri II KKTP, Datuk Dr. Maijol Mahap; Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Keramat, Shah Alfie Yahya; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Awang Juri Awang Tahir serta Pegawai Daerah, Masawi Salleh./Penerangan-




Comments
Post a Comment