Sabah–Kaltara Teroka Ekonomi Karbon, Bantu Komuniti Pesisir
Wartawan : Nazri Ramshah
Jurufoto : Merusin Maruddin
KOTA KINABALU: Kerjasama antara Sabah dan Kalimantan Utara (Kaltara), Indonesia akan memberi tumpuan kepada penerokaan ekonomi karbon sebagai pemangkin pertumbuhan mampan di kawasan sempadan.
Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu, Noorman Effendi, berkata inisiatif itu merangkumi pemuliharaan hutan paya bakau dan pengurusan kawasan tanah gambut yang berpotensi menjana pendapatan melalui perdagangan karbon.
“Lawatan kerja rasmi delegasi kerajaan negeri Sabah ke Kaltara dijadualkan minggu hadapan bagi memperincikan projek strategik yang mampu memberi impak besar kepada ekonomi kedua-dua wilayah.
"Kerjasama ini juga dijangka meningkatkan taraf hidup masyarakat pesisir termasuk petani dan nelayan melalui latihan kemahiran serta penyediaan peluang pekerjaan baharu,” katanya kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Rumah Konsulat Jenderal Indonesia, pada Sabtu.
Beliau berkata inisiatif itu turut menyokong agenda antarabangsa seperti Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-
![]() |
| Tun Musa (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama Noorman (dua dari kanan). |
![]() |
| Kadzim (kiri) dan Hajiji (dua dari kiri) turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Konsulat Republik Indonesia di Sabah. |
![]() |
| Noorman menyambut ketibaan Tun Musa. |




Comments
Post a Comment