Segera Naik Taraf Jalan Raya Dari Simpang Ke Pekan Beluran - Samad
Wartawan: Zuraidah Ahmad
GIMIK...Samad (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian penutupan Kejohanan Merentas Desa MSSS Peringkat Negeri Sabah 2026.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Samad Jambri berkata beliau menerima banyak rungutan daripada masyarakat berkaitan keadaan jalan tersebut yang kini sangat tidak selesa dan berisiko kepada pengguna.
"Jalan ke Pekan Beluran merupakan antara laluan utama ketika ini, namun kita lihat keadaanya sangat tidak selesa untuk dilalui dan sering menjadi keluhan pengguna.
"Sudah sampai masanya sama ada Kementerian Kerja Raya ataupun melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah serta Jabatan Kerja Raya Persekutuan khususnya mengambil maklum tentang keperluan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Peringkat Negeri Sabah, pada Rabu.
| PELEPASAN...Samad (lapan dari kiri) menyempurnakan acara pelepasan Kejohanan Merentas Desa MSSS Peringkat Negeri Sabah 2026. |
Menurut Samad, sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan, beliau turut terkesan dengan keadaan jalan yang tidak begitu selesa.
Samad (tegah) merakamkan gambar kenangan bersama para kontinjen kejohanan berkenaan.
"Keadaan jalan ini sangat kritikal dan memerlukan sama ada pembaikan ataupun penaiktarafan jalan kerana telah mengalami kerosakan yang teruk.
"Jadi, saya melihat perlu diambil tindakan yang secepatnya kerana kita mengambil kira tentang keselesaan pengguna," ujarnya.
Jalan raya sepanjang 27.22km itu merupakan jalan negeri yang menghubungkan Lebuhraya Pan Borneo ke Pekan Beluran dan kini mengalami kerosakan yang teruk serta menuntut gaya pemanduan yang sangat berhati-hati./Penerangan-
Comments
Post a Comment