Tun Musa Terima Kunjungan Panglima 5 Briged Baharu

Wartawan: Abdu Azmie Mohd Ibrahim
Foto: Shahvian Mohd Razali/Rednny Rasang



KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Panglima Kelima (5 Briged)  Infantri Malaysia ke-37, Brigedier Jeneral Abdul Razak Haron di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.



Tun Musa (kanan) bergambar semasa kunjungan hormat bersama Abdul Razak (kiri) dan Mohd Zamri (tengah).



 Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Abdul Razak (kanan) dan Mohd Zamri (kiri).


Abdul Razak menjelaskan kunjungan itu bertujuan memperkenalkan diri sebagai Panglima Briged kelima Infantri Malaysia ke-37 berkuatkuasa pada 3 April 2026, di Kem Paradise Kota Belud.

"Saya dan seluruh kepimpinan Tentera Darat di 5 Briged akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kerajaan negeri dan memastikan kerjasama serta hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama terus diperkukuh pada masa akan datang.


Abdul Razak (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Musa (tengah) diiringi Mohd Zamri (kanan).




Abdul Razak ketika ditemui media.



"Selain itu, saya menzahirkan kesediaan dan taat setia untuk berbakti kepada rakyat dan negeri Sabah. Ia satu rahmat untuk bertugas di negeri ini buat kali kedua," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa.

Beliau akan menggantikan Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia ke-36, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zamri Abdullah yang akan bertugas sebagai Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan di Bahagian Operasi Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Menurut beliau, kunjungan itu juga menjadi medium bertukar pandangan dan membincangkan mengenai isu keselamatan negeri serta perancangan baharu berkaitan penyediaan aspek keselamatan oleh pihak tentera di Sabah.

Hadir sama, Pegawai Staf 2 Tadbir/Logistik Markas 5 Briged, Mejar Syamsul Anwar Ahmad; Pegawai Staf 3 Logistik Markas 5 Briged, Kapten Fakrur Radzi Zulkifli; Atur Turus Markas 5 Briged, Kapten Muhammad Hazimin Helmi dan Pegawai Staf 3 Gerak Markas 5 Briged, Kapten Datu Mohd Hazlin Datu Ali Nafiah./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah