Tun Musa Terima Kunjungan Tengku Mahkota Pahang

 Wartawan : Abdu Azmie Ibrahim

Jurufoto: Johnny Joklis


KOTA KINABALU : Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengunjungi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin. 

Dalam kunjungan tersebut, Tengku Hassanal sempat bertukar-tukar idea dan pandangan bersama Tun Musa sebelum memulakan Ekspedisi Mahkota Borneo yang bermula hari ini sehingga Rabu.

Tun Musa (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Tengku Hassanal (kiri).


Baginda kemudian dijadual berangkat ke Kundasang dari Kota Kinabalu pada sekitar jam 3 petang.

Dalam pada itu, Tengku Hassanal dijadual akan menawan Gunung Kinabalu pada hari kedua ekspedisi dengan diiringi anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tengku Hassanal turut mengalu-alukan rakyat Sabah yang ingin bertemu dan menunggu di sepanjang jalan yang akan dilalui menuju Kundasang.


KENANGAN...Tengku Hassanal (kanan) bergambar kenangan bersama Tun Musa (kiri).

Hadir sama menyambut ketibaan Tengku Hassanal dalam kunjungan hormat tersebut adalah Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan Dan Industri Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan./Penerangan-

Comments