250 Kanak-Kanak Sertai Program Berkhatan Perdana

Pengarang : Jeanne J. Som
Jurufoto : Jeffren Malaning


Putatan : Seramai 250 kanak-kanak menyertai Program Berkhatan Perdana yang dilaksanakan serentak di empat lokasi sekitar daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata program tersebut diadakan untuk membantu meringankan kos berkhatan kerana jika dibuat di klinik swasta, kos dianggarkan sebanyak RM150 hingga RM250. 


Shahelmey (tengah) meninjau dan memberi sokongan kepada salah seorang kanak-kanak.


"Bagi ibubapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak lelaki, ini dapat membantu meringankan kos tersebut. 

"Program sehari ini diadakan sempena cuti sekolah dan saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur dan para ibubapa yang turut menjayakan majlis ini," katanya semasa merasmikan Program Berkhatan Perdana Parlimen Putatan yang diadakan di sini, pada Ahad. 


Shahelmey (tengah) bersama kanak-kanak yang menyertai program berkhatan berarak menuju ke masjid.


Program berkhatan tersebut merupakan anjuran Pejabat Parlimen Putatan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan dilaksanakan serentak di Masjid Daerah Putatan, Masjid Al-Amin Kampung Serigai, Masjid Al-Hilal Tanjung Dumpil serta Masjid Nur Hidayah Kampung Meruntum. 

Dalam pada itu, Shahelmey turut mengingatkan para ibubapa untuk mengemaskini Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum tamat tempoh pada 30 Mac 2024. 

Selain menyampaikan bunga telur, Shahelmey turut meluangkan masa melawat dan bermesra dengan para penjaga yang mengiringi anak masing-masing./Penerangan-


Kanak-kanak bersalaman dengan Shahelmey (tengah) di ruang legar masjid.



Shahelmey (duduk tengah) semasa Majlis Perasmian Program Berkhatan di Masjid Daerah Putatan.


Shahelmey (kanan) menyampaikan bunga telur kepada kanak-kanak yang menyertai program berkhatan. 


Shahelmey semasa menyampaikan ucapan. 



Kelihatan kanak-kanak yang menyertai program berkhatan mengaminkan doa sebelum acara bermula. 

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos