Gema Bertingkah Rai Juara Pertandingan Bertitik

Wartawan : Mohd Haizul Rohani

Jurufoto : Vollintine Jiloh/Mohd Rizal Matasan

Tuaran: Kumpulan Gema Bertingkah N23 Petagas dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bertitik sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024.

Kumpulan yang berasal dari  Putatan itu menewaskan 10 pencabar lain yang datang dari seluruh Sabah dan mereka pulang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi yang disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd Datuk Jasnih Daya.

Kassim (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Jasnih (dua dari kanan).


Manakala, Kumpulan Betitik N.24 Tanjung Keramat meraih naib juara dan memenangi hadiah RM3,500 serta trofi diikuti Kumpulan Seni Bertitik Teratak Serimpak Darau Menggatal di tempat ketiga dengan hadiah RM2,500 serta trofi. 

Jasnih semasa ditemui media bangga sambil memuji keterlibatan anak muda dalam aktiviti kebudayaan seumpama.

Jasnih (tengah) semasa ditemui media.


"Pertandingan seperti ini kita harap akan lebih kerap diadakan bukan setakat di peringkat Negeri Sabah tapi juga di peringkat daerah dan kampung supaya tradisi ini terjaga sampai bila-bila.

"Apa yang membanggakan tadi kita lihat bukan sekadar orang lama tetapi juga orang baru iaitu anak muda bergiat dan terlibat dengan aktiviti kebudayaan sebegini dan ianya amat membanggakan", kata Jasnih.

Jasnih (dua dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian Pertandingan Bertitik Negeri Sabah 2024.


Pertandingan  bertitik yang diadakan di Dewan Terbuka Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Tuaran itu merupakan salah satu program yang diadakan sepanjang lima hari festival itu berlangsung.

Turut hadir dalam program tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana festival berkenaan, Datuk Abdul Kassim Razali./Penerangan-

Sesi foto bersama Gema Bertingkah Johan Pertandingan Bertitik negeri Sabah Tahun 2024.



Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos