JPJ Sabah Keluarkan 5,915 Notis Saman

Pengarang : Idris Sani Saberun
Jurufoto : Vicky S. Matanjang


Kota Kinabalu : Sebanyak 5,915 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Khas Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata sepanjang tempoh tersebut, JPJ membuat 18,668 pemeriksaan terhadap pelbagai jenis kenderaan.



Lokman ketika ditemui media.



"Hasil operasi khas ini, pihak JPJ mendapati 32 peratus pengguna jalan raya di negeri ini melakukan pelbagai kesalahan yang melibatkan Akta JPJ dan lain-lain kesalahan jalan raya.
 
"Daripada peratusan tersebut, kesalahan tertinggi adalah tiada lesen memandu (tiada CDL) atau memandu tanpa lesen iaitu sebanyak 1,921 kes yang mana penunggang motosikal menjadi penyumbang kepada kadar pematuhan terendah iaitu 54 peratus.

"Sehubungan itu, sebanyak 110 buah motosikal telah disita sebagai langkah kawalan.



Salah seorang penunggang motosikal menunjukkan CDL dan LKM kepada Lokman pada pemeriksaan Ops Khas SJR Musim Perayaan JPJ Sabah.


"Turut direkodkan, 1,323 kes kesalahan Lesen Kenderaan Tamat Tempoh (tiada LKM/ cukai jalan tamat tempoh) manakala 924 kes kesalahan kenderaan tiada perlindungan insurans sekaligus tidak memiliki LKM.

"Manakala, sebanyak 825 pemandu melakukan lain-lain kesalahan, 499 kes melibatkan kesalahan teknikal manakala 245 kes melakukan kesalahan Tiada Lesen Vokasional (GDL/PSV/Konduktor).
 
"Kesalahan utama lain yang direkodkan adalah memotong barisan (jumping que), memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat, mengguna telefon bimbit, tidak memakai topi keledar, tidak memakai tali pinggang keledar serta memandu di lorong kanan secara berterusan dengan 178 kes direkodkan," jelasnya ketika ditemui media semasa Ops Khas berkenaan di Jalan Tuaran Bypass, petang Jumaat.



Lokman (dua dari kiri) dan Pengarah JPJ Sabah Mohd Harris Ali (tiga dari kanan) menunjukkan kepada media antara motosikal berkuasa tinggi yang turut disita pada Ops Khas tersebut.



Ops Khas tersebut turut dibantu oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPM Sabah) serta Bahagian Penguatkuasa JPJ dengan kekuatan seramai 50 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

Menurut Lokman, bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk bersama melaporkan kesalahan-kesalahan pemanduan jalan raya secara terus kepada pihak JPJ.

Jelasnya, semua aduan boleh diajukan secara real time dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau emel terus kepada aduantrafik@jpj.gov.my beserta dengan butiran aduan yang lengkap agar tindakan susulan boleh dilakukan./Penerangan-




MYJPJ...Lokman ketika menjelaskan  berkenaan dengan kemudahan aplikasi MyJPJ kepada salah seorang pemandu.



Antara kenderaan perdagangan yang ditahan atas kesalahan membawa muatan yang berlebihan.



Antara kenderaan yang ditahan pihak JPJ Sabah atas kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut piawaian.



TERKAWAL...Suasana sekitar Ops Khas SJR Musim Perayaan JPJ Sabah di Jalan Jalan Tuaran Bypass pada Jumaat yang turut dibantu PDRM Sabah.

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos