Raptai Perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Lancar

Wartawan : Hamidah Len

Jurufoto : Vollintine Jiloh/Mohd Rizal Matasan


Tuaran : Raptai acara Perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama 2024 berjalan lancar. 

Suasana raptai Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama. 


Festival yang berlangsung selama empat hari itu bakal disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mulai jam 8 pagi, esok.

Antara produk kraftangan yang dipamer dan dijual kepada para pengunjung.


Antara yang menarik, pengumuman keputusan Pertandingan Ratu Serimpak, keputusan Pertandingan Betitik, persembahan artis jemputan selain jualan penghabisan stok dengan harga madani bagi produk kraftangan di gerai-gerai terpilih.

Oleh itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan tersebut dan masuk adalah percuma. 

Guru SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Liza Joseph semasa sesi teori tarian Limbai. 



Sementara itu, festival yang masuk hari ketiga hari ini terus mengalu-alukan kehadiran orang ramai dalam beberapa acara seperti pameran karya artis tempatan oleh Balai Seni Lukis Sabah, pameran serta jualan kraftangan.


Turut diadakan Bengkel Tarian Limbai yang memfokus kepada asas tarian tradisi etnik Bajausama dan disertai murid-murid dari SMK Tun Fuad Stephen Kiulu , Sk Pekan Telipok, SJK (C) Chung Hwa, SK Mangkapoh Ranau dan beberapa peserta lain yang diiringi ibu bapa./Penerangan-

Antara produk kraftangan yang dipamer dan dijual kepada para pengunjung.




Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos