Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ambil 80 Sampel Makanan Bazar Ramadan
Wartawan : Norliza Yusof
Jurufoto : Johny George Kimlon
Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil sebanyak 80 sampel makanan sepanjang dua minggu pengoperasian bazar Ramadan.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata jumlah sampel tersebut diambil melalui operasi DBKK bersama Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi lain untuk memeriksa makanan yang dijual sekiranya terdapat sebarang kandungan tercemar oleh bakteria, seperti salmonella atau escher ichia coli (e.coli).
![]() |
| Tun Juhar (tengah) merakamkan gambar bersama pelajar tahfiz Madrasah Al tahfiz Al Quran Nahdatul Ilmiah. |
"Setakat ini hasil dari kajian sampel-sampel tersebut mendapati tidak ada sebarang pencemaran makanan yang dijual oleh peniaga-peniaga bazar Ramadan.
"Selain itu, bagi menjamin kebersihan tapak selepas bazar, para pekerja DBKK turut ditugaskan untuk terus membersihkan tapak bazar sejurus sahaja tamat operasi penjualan.
![]() |
| KENANGAN...Tun Juhar (tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para penerima sumbangan pada majlis tersebut. |
"Para peniaga bazar Ramadan juga sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh DBKK untuk membuang sisa makanan di tempat yang ditetapkan," katanya ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa DBKK bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di sini, pada Rabu.
Pada majlis tersebut, seramai 20 pelajar tahfiz Madrasah Al tahfiz Al Quran Nahdatul Ilmiah menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Tun Juhar Mahiruddin diiringi Isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
Manakala lima buah masjid iaitu Masjid Al-Hidayah Kampung (Kg.) Sabang Baru Numbak, Manggatal, Masjid Nur-Hidayah Kg. Boronuon,Telipok, Masjid Ar-Ramadan Kg. Kalansanan, Inanam, Masjid Al-Munir Kg. Darau, Manggatal dan Masjid Raudah Kg. Bandulan, Manggatal menerima sumbangan berupa sejadah.
Turut menerima sumbangan sejadah, Surau Al-Jannah, Taman Sepanggar Manggatal, Surau Al-Ikhlas Kg. Kopungit, Kota Kinabalu ,Surau Al-Amin Kg. Kionsom Kecil, Inanam, Surau Al-Ikhlas Taman Puri Warisan, Inanam dan Surau Al-Islah Kg. Lobou 1, Manggatal.
![]() |
| Toh Puan Norlidah turut menerima cenderahati yang disampaikan oleh Isteri Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad |
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya, Timbalan DUN Speaker, Datuk Al Hambra Juhar, Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, Setiausa ha Persekutuan, Datuk Makhzan Mahyuddin dan Pesuruhjaya Polis, Datuk Jauteh Dikun./ Penerangan-




Comments
Post a Comment