Pupuk Budaya Cinta, Tadabbur Al-Quran - Juliah
Wartawan: Siscalistorina Janius
Jurufoto: Merusin Minuddin
Kota Kinabalu: Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan dalam usaha memupuk budaya mencintai, membaca dan mentadabbur Al-Quran.
Yang DiPertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS) Datuk Juliah Salag berkata pada situasi dunia yang semakin mencabar setiap individu perlu memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan terhadap Al-Quran untuk dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan.
![]() |
| Juliah ketika menyampaikan ucapannya. |
"Bagi mereka yang belum pandai membaca Al-Quran berusahalah untuk mencari ustaz atau ustazah yang boleh mengajar kita mengaji walau di peringkat Muqaddam.
"Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran yang disambut hari ini dapat mengingatkan kita supaya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup," katanya semasa merasmikan Istiqbal Nuzul Al-Quran dan Program Anjung Mutiara 1445H/2024M di Dewan Sa'adah Wisma MUIS.
![]() |
| Juliah (tiga dari kiri) bersama Arifin (tiga dari kanan) ketika pelancaran buku Antologi Puisi MENYAPA AQSA dalam majlis tersebut. |
Selepas majlis tersebut, Juliah turut melawat Pusat Rawatan Dialisis (MUIS-NKF) yang diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di sini, pada Khamis.
![]() | ||
Ustaz Derry Sulaiman ketika menyampaikan ceramah agama dalam majlis tersebut.
|
![]() |
| KENANGAN... Juliah (enam dari kanan) bergambar kenangan bersama selepas lawatan Pusat Rawatan Dialisis (MUIS-NKF). |
Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar, Pengerusi Biro Agama MUTIARA-GRS, Datin Lenny Natasha Tan Seri Musa dan Setiausaha Kehormat MUTIARA-GRS, Datin Dayang Siti Noor Hayat Ag Mohd Saufi./Penerangan-






Comments
Post a Comment