Kaamatan Promosi Warisan Budaya
Wartawan : Idris Sani Saberun
Jurufoto : Jefren Malaning
Putatan: Pesta Kaamatan berperanan mempromosi kesepaduan kaum melalui warisan budaya di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, melalui Kaamatan kesepaduan kaum antara masyarakat pelbagai etnik dapat dikukuhkan lagi menerusi pakaian, tarian, adat, budaya dan sebagainya.
![]() |
| Naise (tengah) diapit Chrisnatasha (kiri) dan Mary Grace (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama hadiah masing-masing sejurus majlis penyampaian hadiah. |
![]() |
| Naise ketika menerima hadiah bagi kategori Tati Tosuau yang disampaikan Dg. Siti Noor Hayyat (dua kiri). |
![]() |
Shahelmey ketika menyampaikan ucapan perasmian. |
"Negeri ini sangat beruntung kerana mempunyai pelbagai suku kaum dan etnik yang budayanya unik dan boleh ditonjolkan.
"Budaya merupakan aspek penting yang dapat melambangkan identiti sesebuah etnik dan ianya harus dipelihara.
"Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk terus memartabatkan budaya etnik masing-masing agar ianya tidak hilang ditelan zaman," katanya ketika merasmikan Majlis Sodop Pintutunan Unduk Ngadau Kaamatan (Malam Gala UNK) Peringkat Daerah Putatan 2024 di Dewan Sri Putatan pada Selasa malam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, kemeriahan sambutan pesta Kaamatan yang disambut setiap bulan Mei di negeri ini merupakan simbol perpaduan yang perlu dipertahankan.
"Dengan hidup saling hormat menghormati serta bertolak ansur terhadap satu sama lain merupakan resepi utama dalam memelihara perpaduan masyarakat di Sabah.
"Kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan agenda perpaduan, kerana dengan bersatu hati kita akan dapat membina sebuah negeri dan negara yang aman damai, selamat, sejahtera sekaligus membolehkan perancangan serta pembangunan dilakukan demi negara yang lebih sejahtera dan maju.
"Marilah kita bersama-sama berkomitmen untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan, kesejahteraan dan warisan budaya etnik dalam setiap aspek kehidupan kita agar kita dapat menjana masyarakat yang berdaya maju, harmoni dan sejahtera khususnya di daerah Putatan," ujarnya.
![]() |
| Kategori Tati Kaanangan turut dimenangi Naise. |
![]() |
| Memeriagakan baju rekaan Borneo Olumis, Mary Grace (tiga dari kiri) dinobat pemenang bagi kategori Basaan Tongingo. |
![]() |
Chrisnatasha menerima hadiah bagi kategori Tati Tavanus daripada Dg. Siti Noor Hayyat (dua kiri). |
Pada majlis tersebut peserta UNK Putatan yang memegang No.10, Naise Patrick merangkul gelaran berganda dengan memenangi kategori Tati Tosuau (Miss Friendly) dan Tati Kaanagan (Miss Favourite).
Naise menewaskan 21 finalis yang lain dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai, tiara, piala, sash dan jambangan bunga yang disampaikan oleh isteri kepada Shahelmey, Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag. Mohd Saufi.
Peserta yang mewakili Kampung Duvanson Chrisnatasha Clare Poinsin dinobat sebagai pemenang kategori Tati Tavanus/Topiodo (Miss Natural Beauty) manakala kategori Tati Basaan Tongingo (Best Dress)dinobatkan kepada peserta ke-12 Mary Grace Lojuki yang memperagakan baju rekaan daripada Borneo Olumis.
![]() |
| ALBUM... Kesemua 21 peserta Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Putatan 2024 merakamkan gambar kenangan sejurus majlis penyampaian hadiah di Dewan Sri Putatan. |
Hadir sama, ADUN Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari dan isteri Datin Jean Marie Bermejo, Pegawai Daerah Putatan Masawi Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Sodop Pintutunan UNK Putatan 2024, Noor Fazielah Mohd Amin dan Pengerusi KDCA Putatan Datuk Stephen Sondoh./Penerangan-
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment