Lebih 130 Pasukan Sahkan Penyertaan Perahu Naga Antarabangsa Ke-9

Wartawan    : Idris Sani Saberun
Jurufoto        : 
Volintine Jiloh


Kota Kinabalu: Lebih 130 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan sempena Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Kali Ke-9 mulai 7 Jun ini.

Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri Dr. T.C. Goh berkata, daripada jumlah tersebut hanya dua pasukan luar negara telah menghantar penyertaan iaitu negara Brunei Darussalam dan Filipina.

T.C.Goh (dua dari kiri) ketika menjelaskan tujuan kunjungan kepada Tun Juhar.

Tun Juhar merakamkan gambar kenangan bersama ahli-ahli jawatankuasa Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Kali Ke-9.



"Selebihnya adalah pasukan bot naga tempatan termasuk negeri-negeri di Semenanjung dan Sarawak yang akan berentap pada 7 hingga 9 Jun ini di Teluk Likas.

"Bagi kumpulan atau pasukan yang berminat untuk menyertai, pihak FCAS masih menerima permohonan penyertaan dan kita menjangkakan tidak kurang dari 155 pasukan akan menyertai pertandingan pada tahun ini," ujar beliau.

Menurut T.C. Goh, lebih RM94,000 hadiah disediakan FCAS untuk pelbagai kategori yang merangkumi pasukan lelaki dan wanita.

"Oleh itu, saya menyeru kepada masyarakat sekitar  bandaraya Kota Kinabalu agar terus menyokong dan memeriahkan pertandingan ini," jelasnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat bersama rombongannya terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

T.C.Goh (empat dari kiri) ketika menyampaikan replika jemputan kepada Tun Juhar.

Saiman (kiri) ketika menjelaskan peranan yang dijalankan oleh persatuan pimpinan beliau kepada Tun Juhar.

Tun Juhar menerima cenderamata daripada Saiman (empat dari kiri).


Kunjungan tersebut diadakan bagi menjemput Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah untuk hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut mengadakan kunjungan kepada Tun Juhar adalah Pengerusi Persatuan Masyarakat Peranakan Jawa Sabah (PERJASA) Saiman Senang dan rombongan.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan PERJASA yang baru selain memberi penerangan kepada Tun Juhar tentang peranan dan kegiatan yang dilaksanakan bagi Perjasa yang kini mempunyai lebih 2,000 orang ahli berdaftar yang aktif./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos