Guna Pelbagai Bahasa Etnik Promosikan Bulan Kebangsaan

 Wartawan    : Hamidah Len
Jurufoto        : 
Johny Joklis


KOTA KINABALU : Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah menggunakan beberapa bahasa etnik bagi mempromosikan pelbagai program sepanjang Bulan Kebangsaan.


Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa berkata selain bahasa Bajau Samah, pihaknya juga akan berusaha membuat hebahan dalam bahasa etnik lain seperti Murut, Kadazan, Rungus, Bajau Pantai Timur dan Bisaya.

Supian ketika berada di konti SabahVfm.


Supian (kanan) ketika ditemubual dalam bahasa Bajau Samah.



"Menggunakan pelbagai bahasa dengan kerjasama strategik antaranya bersama SabahVfm dapat menarik perhatian lebih ramai untuk menyertai pelbagai aktiviti kenegaraan.

"Mesej-mesej kenegaraan yang disampaikan dalam bahasa tempatan mudah sampai kepada golongan sasar, apatah lagi dengan siaran radio yang diselitkan lagu-lagu patriotik," katanya ketika ditemui selepas ditemu bual dalam Slot Program Bual Bicara Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Siaran Bajau SabahVfm, pada Rabu.

Supian ketika ditemu bual dalam rancangan tersebut menjelaskan, selain laluan darat konvoi KMJG juga akan menjelajah ke Pulau Berhala Sandakan dengan bantuan dan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Ini bagi menyemarakkan semangat kibar Jalur Gemilang, bukan sahaja di tanah besar tetapi merangkumi kawasan pulau-pulau di Sabah.

"Selain itu, para peserta KMJG juga akan menaiki keretapi ke Tenom dengan membawa mesej kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia dengan adanya pendidikan, ekonomi dan keselamatan," jelasnya.

Beliau turut memaklumkan antara pengisian program KMJG 2024 ialah 'Kunak Pintu Keceriaan Kemerdekaan' di mana keseluruhan Kampung Lor Malong menjadi mercu tanda dengan hiasan Bendera Negeri Sabah dan Jalur Gemilang.

Konvoi KMJG 2024 disertai 60 peserta, 18 kenderaan dan 14 agensi antaranya pihak Sekretariat Sabah Maju Jaya yang akan menjelaskan inisiatif semasa kepada masyarakat./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos