Tun Juhar Lawat Muzium Polis Sabah
Wartawan : Zuraidah Ahmad
Jurufoto : Johny George Kimlon
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meluangkan masa melawat Muzium Polis Diraja Malaysia Sabah.
Hajiji (dua dari kiri) dan Jauteh (tiga dari kanan) mengiringi Tun Juhar mengisi buku lawatan Muzium PDRM Sabah. Jauteh (kanan) mengiringi Tun Juhar melawat salah satu sudut pameran.
LAUT...Tun Juhar (tengah) melawat pameran Tentera Laut Diraja Malaysia.
Lawatan tersebut bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, hari ini.
Beliau diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
Selain barang kes Op Daulat, pameran disertai beberapa agensi kerajaan antaranya, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Arkib Negeri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah./Penerangan-
Comments
Post a Comment