Pengamal Media Disaran Tidak Bergantung Sepenuhnya Pada AI

Wartawan     : Hamidah Len
Jurufoto        : 
Jefren Malaning


KOTA KINABALU: Para pengamal media disaran untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada kecerdasan buatan (AI) semasa membuat laporan.


Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar berkata, wartawan, penyunting dan editor tidak boleh digantikan oleh program atau dalam istilah teknologi maklumat disebut Bots.

"Dalam laporan atau penyuntingan berita, etika atau segala keputusan bergantung kepada penilaian kita sendiri, AI mungkin boleh memberikan salinan yang bersih tetapi ia bukannya karya manusia.

 Hajiji (enam kiri) bergambar kenangan bersama AJK SJA.

Mugu berharap lebih ramai golongan muda menyertai bidang kewartawanan di Sabah.

Johnny, memenangi antara anugerah utama KPA 2024.
Pengamal media Sabah berbakat menyampaikan persembahan di KPA.


Johnny (dua kiri) menerima Anugerah Best Picture Award daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Pengamal media Sabah berbakat menyampaikan persembahan di KPA.

Hajiji (lima kanan), Mugu (empat kanan) bergambar kenangan bersama antara para pemenang KPA 2024.


"AI mungkin menjadi alat yang baik untuk memudahkan kerja tetapi kita semua harus menggunakan akal fikiran kita kerana, otak kita adalah pemproses terbaik," katanya ketika menyampaikan ucapan di Kinabalu Press Award (KPA) 2024, pada Ahad.  

Di samping itu beliau turut menyatakan keperluan agar syarikat media menawarkan gaji yang lebih baik untuk menarik golongan muda menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di negeri ini.

"Di Sabah, kita boleh lihat media tempatan tidak berkembang, media nasional dan banyak media lain yang turut beroperasi, kita tidak melihat wajah-wajah baharu," ujarnya.

Selain itu, beliau memaklumkan untuk membawa KPA seterusnya kepada suku pertama tahunan kerana anugerah yang diberikan sebenarnya adalah hasil kerja yang dilakukan pada tahun sebelumnya.

"Biarpun mendapatkan tarikh dan masa yang tepat agak sukar bagi wartawan yang sentiasa mendapatkan berita, kami akan melihat sekitar bulan Jun untuk penganjuran KPA 2025.

"Tetapi kami akan melihat keadaan memandangkan Pilihan Raya Negeri ke-17 mungkin akan diadakan pada bila-bila masa bagi tempoh 12 bulan akan datang," jelas beliau.


KPA telah dianjurkan semenjak 1989 bagi mengiktiraf hasil karya terbaik di Sabah dan pada kali ini telah mendapat 372 penyertaan.

Pada majlis tersebut, antara anugerah diumumkan adalah Best Picture Award yang oleh dimenangi oleh Johnny Joklis (Jabatan Penerangan Sabah) manakala Broadcasting Journalism Award dimenangi oleh menerusi Mohammed Yazzer Mahmun dan Joseph George P. Loling (TV3).

Selain itu, Journalism Award (Feature and News Feature) dimenangi oleh wartawan Sinar Harian, Norasiken Daineh (Bahasa Malaysia) sementara wartawan Overseas Chinese Daily News, Siong Yin Hua (Chinese).

Kategori Bahasa Inggeris pula dimenangi secara berkumpulan oleh wartawan Larry Ralon, Cynthia Duris Baga, Sohan Das, Anthea Fuilyn Peter serta Sherel Ann Jumin daripada Daily Express./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri