Posts

Showing posts from November, 2024

36 Syarikat Terima Pengiktirafan STBA 2024

Image
 Wartawan               : Bustan Made Aming Jurufoto                    :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU: Sebanyak 36 syarikat pelbagai industri di Sabah mendapat pengiktirafan  Sabah Trusted Brand Award (STBA)  daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN). Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata pengiktirafan itu bukan sahaja membina jenama yang kukuh tetapi juga menjadi simbol kepercayaan pengguna terhadap kualiti produk yang ditawarkan.    KETIBAAN... James (kanan) disambut oleh Kevin (dua (kiri) sebaik memasuki dewan. "Tahniah kepada 36 syarikat yang menerima pengiktirafan pada malam ini, pengiktirafan ini bukan sahaja mengiktiraf usaha anda dalam membina jenama yang kukuh dan dipercayai tetapi juga memberi gambaran jelas tentang pentingnya komitmen terhadap kualiti dan kepercayaan pengguna. "Anu...

RM1.3 Juta BAKTI Disalur Kepada Pelajar di Pantai Barat Selatan

Image
 Wartawan          : Zuraidah Ahmad Jurufoto               :  Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah MEMBAKUT:    Kerajaan Sabah menyalurkan kira-kira RM1.3 juta  Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) kepada pe lajar lebih 4,000 pelajar di Bahagian Pantai Barat Selatan. Arifin (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para calon SPM 2024. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif,  golongan pelajar tersebut merupakan   calon-calon peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) melibatkan Daerah Beaufort, Sipitang, Papar dan Kuala Penyu. "Kerajaan memberikan peruntukan RM200 kepada mereka setiap mereka yang akan menduduki peperiksaan.  Tiga jenis peperiksaan SPM, STPM dan STAM.  "Keseluruhannya, ada RM1.3 juta kita sediakan untuk membantu anak-anak kita ...

Kerajaan Negeri Bantu Penulis Hasilkan Karya Sastera, Bahasa

Image
 Wartawan        : Bustan Made Aming Jurufoto               :  Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan terus membantu persatuan penulis dalam usaha menghasilkan lebih banyak karya sastera dan bahasa. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif berkata, ia ke arah menjadikan Sabah sebagai kota buku seterusnya diangkat menjadi dataran kepada Kesusasteraan Nusantara. Arifin ketika ditemui media "Syabas atas usaha hari ini, kita perlu menghasilkan buku yang banyak khususnya dalam bidang sastera dan bahasa untuk negeri Sabah kalau kita ingin menjadikan Sabah sebagai kota buku. "Seterusnya, hasrat besar kita yang juga antara harapan kita adalah untuk menjadikan Sabah sebagai dataran kepada Kesusasteraan Nusantara. Arifin ketika berucap merasmikan majlis. "Ke arah itu, kerajaan negeri akan terus membantu persatuan-persatuan badan penulis yang berhubung dengan karya sastera dan baha...

Program Koklea Implan Perkasa Pelancongan Perubatan

Image
 Wartawan          :  Deonalissa Jekee Edin Jurifoto               : Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU : Program Koklea Implan dapat memperkasakan sektor pelancongan perubatan di negeri ini. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, program tersebut bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kepada individu yang nenpunyai masalah pendengaran. Joniston ketika ditemui media.  "Hospital KPJ Sabah mencapai kejayaan dengan pembedahan implan koklea yang pertama secara dalaman (in-house) baru-baru ini.  "Pencapaian seperti ini meletakkan kita dalam peta dunia khususnya dalam sektor perubatan dan dapat membuka lebih banyak peluang dalam kemajuan teknologi perubatan. CEK CURA...Faizal (dua dari kanan) menerima cek cura sumbangan CSR daripada Woo (empat dari kiri).  "Malaysia, khususnya Sabah berhasrat untuk memacu sektor ekonomi dan pelancongan dengan mena...

Ceburi Bidang Kecantikan, Kesihatan - Phoong

Image
 Wartawan        : Deonalissa Jekee Edin Jurufoto               :  Vicky Sylvester Matanjang KOTA KINABALU : Generasi muda diseru untuk menceburi bidang kecantikan dan kesihatan seperti estetik, dermatologi dan kosmetologi. Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Phoong Jin Zhe berkata,  pasaran global bagi perubatan estetik dan dermatologi pada tahun 2023 bernilai RM 8.49 trillion dan dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 12 peratus dari tahun 2024 hingga 2032. Amos ketika menyampaikan ucapan. "Di Malaysia, sektor perubatan estetik menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan yang mana pendapatan klinik perubatan estetik meningkat pada kadar sebanyak 30.8 peratus dari tahun 2019 hingga 2021.  "Pada 2022, pasaran estetik domestik pula dianggarkan berjumlah RM468.8 juta dan dijangka berkembang pada CAGR sebanyak 18.8 peratus, meningkat daripada RM 366.3 juta pa...

SEA Youth Athletics Tingkatkan Standard Olahraga, Pupuk Persahabatan

Image
 Wartawan          :  Deonalissa Jekee Edin Jurufoto               : Mohd Sazwan Roslan,  Jeffren Malaning & Johnny Joklis KOTA KINABALU : Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara (SEA) atau  SEA Youth Athletics Championship  ke-16 dapat meningkatkan standard olahraga serta memupuk semangat persahabatan dalam kalangan atlet. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, semua yang terlibat mendapat manfaat melalui penganjuran sukan tersebut dan bagi pasukan Malaysia, ini adalah peluang untuk bertanding dengan yang terbaik dari rantau ini. Ellron ketika menyampaikan ucapan. "Kami pastinya berharap atlet Malaysia dapat mewakili negara ke peringkat lebih tinggi dan kejohanan berprestij lain. "Selama bertahun-tahun hingga ke acara kejohanan sukan baru-baru ini, atlet Malaysia termasuk dari Sabah, telah mengharumkan nama negara di peringkat serantau dan antarabangsa. GIMIK...Ellron (kiri) m...

PUSPANITA Bantu Pelihara Tradisi Khazanah Rakyat

Image
 Wartawan          : Bustan Made Aming Jurufoto               :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Sabah membantu memelihara budaya dan tradisi khazanah rakyat.  Penaung PUSPANITA Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag berkata, di samping komited memelihara budaya tradisi melalui program yang dianjurkan, PUSPANITA turut memperkasakan ahli-ahli persatuan itu sendiri dalam pelbagai bidang. Juliah ketika berucap merasmikan  Majlis Sulaman Kasih Titipan Memori PUSPANITA Sabah di Wisma Puspanita. "Melalui program kita hari ini membuktikan bahawa ahli-ahli Puspanita sendiri memainkan peranan penting dalam membantu memastikan kepelbagaian budaya dan khazanah yang kita warisi seperti pakaian dan makanan tradisi kekal terpelihara bukan sahaja untuk generasi masa kini malah pada masa akan datang. "Saya turut teruj...