SEA Youth Athletics Tingkatkan Standard Olahraga, Pupuk Persahabatan

 Wartawan        : Deonalissa Jekee Edin

Jurufoto            : Mohd Sazwan Roslan, Jeffren Malaning & Johnny Joklis


KOTA KINABALU : Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara (SEA) atau SEA Youth Athletics Championship ke-16 dapat meningkatkan standard olahraga serta memupuk semangat persahabatan dalam kalangan atlet.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, semua yang terlibat mendapat manfaat melalui penganjuran sukan tersebut dan bagi pasukan Malaysia, ini adalah peluang untuk bertanding dengan yang terbaik dari rantau ini.

Ellron ketika menyampaikan ucapan.

"Kami pastinya berharap atlet Malaysia dapat mewakili negara ke peringkat lebih tinggi dan kejohanan berprestij lain.

"Selama bertahun-tahun hingga ke acara kejohanan sukan baru-baru ini, atlet Malaysia termasuk dari Sabah, telah mengharumkan nama negara di peringkat serantau dan antarabangsa.

GIMIK...Ellron (kiri) menyempurnakan gimik perasmian.

“Kami berbangga dengan mereka dan sentiasa komited menyokong pembangunan sukan, terutamanya untuk atlet muda seperti anda malam ini,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan berkenaan di Stadium Likas, pada Khamis.

Sehubungan itu, Hajiji berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan dana berjumlah RM101.49 juta untuk pembangunan belia dan sukan di Sabah.

CENDERAMATA...Ellron (kiri) menerima cenderamata daripada Shahidan.

“Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah ini akan digunakan untuk pengurusan dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan untuk tahun depan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin.

Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM12.24 juta untuk menaik taraf kemudahan stadium termasuk trek larian  Stadium Likas yang menjadi lokasi kejohanan berlangsung.

Perarakan masuk bendera kejohanan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Ini adalah proses berterusan untuk semua kemudahan sukan di seluruh negeri supaya kekal kondusif, selamat, dan selesa untuk kegunaan atlet dan orang ramai,” tambahnya.

Seramai kira-kira 200 atlet mewakili 11 negara, iaitu Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Timor-Leste, Myanmar, dan Malaysia mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu, bermula Khamis.

Upacara larian dan menyalakan obor kejohanan oleh atlet Malaysia, Nabil Faiz Ayub.

Turut hadir, Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan, Presiden Persekutuan Olahraga Sabah, Mohamat Hassan, dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun./Penerangan-

Perarakan masuk kontinjen Indonesia.


IKRAR...Lafaz ikrar Pegawai Teknikal diketuai oleh Misfat Mathern.
Ellron (tiga dari kanan)  bergambar kenangan bersama kontinjen Singapura.

 Artis tempatan, Dabra Sia menghiburkan pengunjung yang hadir.
Sebahagian daripada pengunjung yang hadir.
Sebahagian daripada pengunjung yang hadir.

Ellron (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama kontinjen Malaysia.










Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah