RM1.3 Juta BAKTI Disalur Kepada Pelajar di Pantai Barat Selatan

 Wartawan        : Zuraidah Ahmad

Jurufoto            : Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah

MEMBAKUT:    Kerajaan Sabah menyalurkan kira-kira RM1.3 juta Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) kepada pelajar lebih 4,000 pelajar di Bahagian Pantai Barat Selatan.

Arifin (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para calon SPM 2024.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, golongan pelajar tersebut merupakan calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) melibatkan Daerah Beaufort, Sipitang, Papar dan Kuala Penyu.

"Kerajaan memberikan peruntukan RM200 kepada mereka setiap mereka yang akan menduduki peperiksaan. Tiga jenis peperiksaan SPM, STPM dan STAM. 

"Keseluruhannya, ada RM1.3 juta kita sediakan untuk membantu anak-anak kita sumbangan BAKTI kepada 4,000 lebih pelajar di tiga daerah Papar, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang," katanya.  

 Arifin ketika menyampaikan amanatnya kepada calaon-calon SPM.

Dalam pada itu, beliau yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah turut menggesa semua pelajar di negeri ini supaya memanfaatkan 14 inisiatif yang disediakan oleh kerajaan, termasuk dua bantuan baharu yang bakal diperkenalkan iaitu Sumbangan kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES) mulai tahun depan. 

"Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan dengan baik dan kita juga telah memberikan maklumat kepada anak-anak tadi beberapa inisiatif yang perlu mereka pohon apabila nanti mereka memasuki universiti atau di peringkat diploma, ijazah, matrikulasi dan asasi," ujarnya.

BAKTI...Arifin (tiga dari kiri) menyampaikan cek cura kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Penutupan Kursus Persediaan Menduduki Peperiksaan SPM 2024 anjuran Yayasan Dang Sanak (YDS) di Dewan Seri Wawasan Kg Pimping dekat sini, pada Sabtu.

Arifin menerima cenderamata.

Kerajaan melaksanakan BAKTI atau bantuan one-off RM200 kepada semua pelajar di Sabah dan pelajar berasal dari Sabah yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM sejak tiga tahun lepas./Penerangan-


Antara calon-calon peperiksaan SPM 2024.

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah