Program Koklea Implan Perkasa Pelancongan Perubatan

 Wartawan        : Deonalissa Jekee Edin

Jurifoto            : Mohd Rizal Matasan


KOTA KINABALU : Program Koklea Implan dapat memperkasakan sektor pelancongan perubatan di negeri ini.


Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, program tersebut bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kepada individu yang nenpunyai masalah pendengaran.

Joniston ketika ditemui media. 

"Hospital KPJ Sabah mencapai kejayaan dengan pembedahan implan koklea yang pertama secara dalaman (in-house) baru-baru ini. 

"Pencapaian seperti ini meletakkan kita dalam peta dunia khususnya dalam sektor perubatan dan dapat membuka lebih banyak peluang dalam kemajuan teknologi perubatan.

CEK CURA...Faizal (dua dari kanan) menerima cek cura sumbangan CSR daripada Woo (empat dari kiri). 

"Malaysia, khususnya Sabah berhasrat untuk memacu sektor ekonomi dan pelancongan dengan menawarkan kepelbagaian tarikan.

"Kemajuan dalam rawatan serta teknologi perubatan, dengan bakat dan aspirasi tempatan serta pelancaran koklea implan KPJ dapat meletakkan Sabah sebagai hab pelancongan perubatan. 

KENANGAN...Joniston (belakang, tengah) bergambar kenangan bersama penerima sumbangan. 

"Adanya fasiliti-fasiliti yang moden ini sudah tentu akan membantu menarik lebih ramai pesakit tempatan atau dari negara jiran untuk datang ke Sabah, khususnya di Kota Kinabalu untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan," katanya ketika ditemui media dalam Majlis Pelancaran Program Koklea Implan Hospital Pakar KPJ dan Pembukaan Pusat HearLIFE Kota Kinabalu di sini, pada Sabtu.

Beliau memaklumkan dalam usaha mempromosi pelancongan perubatan di Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut.

 Joniston (kanan) melawat Pusat HearLIFE Kota Kinabalu. 

"Satu jawatankuasa khusus ditubuhkan untuk membantu dalam usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan perubatan. 

"Kita berharap akan dapat bekerjasama rapat dengan semua pusat-pusat perubatan pakar di Kota Kinabalu," tambahnya.

Joniston (tiga dari kiri) bersama para tetamu jemputan memotong riben sebagai gimik perasmian pembukaan Pusat HearLIFE Kota Kinabalu. 


Dalam majlis yang sama, turut diadakan program Tanggungjawab sosial Korporat (CSR) iaitu penyampaian sumbangan alat bantu dengar daripada Phonak Swiss Medicare Malaysia, Resound GN, WS Audiology dan MED-EL Malaysia kepada Lions Club International, Khazanah Wanita Sabah serta Hospital Pakar KPJ Sabah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Pemasaran KPJ Healthcare Berhad, Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah bagi Wilayah Malaysia Selatan dan Timur KPJ, Maisarah Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed dan Pengarah Urusan HearLIFE Malaysia, Woo Wan Kui./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah