Perkasa Semula Program Belia Masjid - Arifin

Wartawan : Zuraidah Ahmad
Foto :  Vicky Sylvester Matanjang


KOTA KINABALU:   Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) disaran memperkasakan semula program belia masjid yang menjurus kepada pelbagai bidang. 


 Arifin ketika bercakap kepada media.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata menerusi program-program tersebut, diharap golongan belia dapat menjana ilmu pengetahuan serta memanfaatkan peluang mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan.


Arifin (tengah, belakang) bergambar bersama para imam seluruh Sabah.

 JHEAINS…Arifin (tengah, belakang) merakamkan gambar kenangan bersama lebih 30 pegawai yang menerima surat kenaikan pangkat.


“Saya mencadangkan agar diperkasakan semula unit remaja masjid di masjid masing-masing kerana kita inginkan belia terus berada di masjid, berjuang di masjid, dibentuk di dalam masjid. 

“Dengan itu, saya minta juga kolaborasi dengan program-program di bawah agensi kerajaan negeri yang banyak menganjurkan program berhubung dengan belia dan remaja termasuk hal-hal berhubungan IT, A.I. dan berhubung dengan pembangunan keilmuan.

“Ini termasuklah bahasa mungkin boleh belajar bahasa bahasa Inggeris, bahasa asing yang lain yang juga boleh menarik minat belia untuk datang ke masjid dan surau.


“Program-program seperti kursus yang berhubung dengan keusahawanan, kursus yang berhubung dengan cara-cara untuk meningkatkan ekonomi komuniti masing-masing,” ujar beliau kepada media selepas merasmikan Majlis Anugerah Tokoh Imam, Masjid dan Surau 2024 di Wisma MUIS, hari ini. 


Pada majlis itu, selain sijil kepada semua imam di seluruh Sabah, beliau turut menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada lebih 30 pegawai serta hadiah kepada para pemenang Anugerah Masjid Kariah (Ruang Wuduk dan Tandas).


“Ini satu daripada pengiktirafan kerajaan kepada mereka yang bertugas di seluruh Sabah dan hari ini ada 30 lebih imam mendapat anugerah sebagai pengiktirafan kepada khidmat bakti mereka. 


“Saya juga mengucapkan syabas kepada semua masjid yang terpilih, surau yang terpilih dan teruskan peningkatan keberkesanan masjid sebagai wadah transformasi umat dan wadah untuk pertemuan membina masyarakat di komuniti masing-masing.



Arifin (belakang, tengah) bergambar bersama para pemenang Anugerah Masjid Kariah (Ruang Wuduk dan Tandas).

CENDERAMATA…Arifin (tengah) menerima daripada Jumain.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai JHEAINS yang menerima kenaikan pangkat pada hari ini,” jelas beliau.


Tambah Arifin, program tahunan itu menjadikan masjid dan tugas-tugas perkhidmatan dalam agama sebagai contoh dan membentuk masyarakat dalam dakwah dan pendidikan.


Antara yang hadir pada majlis terbabit ialah Pengarah JHEAINS, Datuk Jumain Abdul Ghani dan Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin./Penerangan-




Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos