Pesara Kerajaan Sabah Terima Bonus RM1,000 Sebelum Aidilfitri

Wartawan : Siscalistorina Janius
Foto : Merusin Minuddin



Kota Kinabalu: Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. 

 Hajiji ketika menyampaikan ucapannya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata kerajaan mengambil keputusan berkenaan selepas mendengar permintaan daripada pesara selain jasa khidmat bakti mereka selama ini.  

“Dalam pembentangan belanjawan lalu, hanya penjawat awam yang mendapat bonus saya rasa tidak adil untuk tidak memberi bonus kepada pesara kerajaan negeri yang telah berkhidmat bakti kepada kerajaan negeri selama ini," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Rabu.


Dr. Saat (dua dari kiri) ketika menyampaikan cendera kenangan kepada Hajiji (tengah).

Terdahulu, Hajiji menyatakan ia mahu KOPEKS terus merancang beberapa perniagaan baharu atau mempelbagaikan lagi perniagaan koperasi khususnya dalam era mencabar masa kini.

"Jaringan kerjasama dengan agensi perniagaan lain juga perlu dijalin dengan baik serta mengekalkan tahap tadbir urus yang baik dan amanah dalam koperasi saya dimaklumkan bahawa KOPEKS pada tahun 2023 telah menyediakan pelan strategi perniagaan bagi 2024-2026 yang meliputi bidang perniagaan, pelaburan dan pembangunan perniagaan baharu.

GIMIK...Hajiji (tengah) ketika menyempurnakan gimik perasmian.

"Ini termasuk usaha KOPEKS membangunkan dua bidang tanah yang sedia ada masing-masing di Menggatal dan Lahad Datu untuk perumahan yang boleh dibeli oleh ahli dan orang ramai.

“Usaha ini amat baik dan saya yakin dengan bermulanya projek itu nanti sudah pasti KOPEKS juga turut seiring dengan matlamat Pelan Pembangunan Negeri Sabah iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

"Di samping itu,Vsaya yakin kepimpinan KOPEKS hari ini mampu memenuhi keperluan ahli dan memperkukuh reputasi koperasi, pengurusan yang cekap, komited dan berintegriti dalam setiap aspek akan meningkatkan kestabilan kewangan dan memberi manfaat berterusan kepada ahli dan komuniti. 

"KOPEKS yang kini sudah mencapai usia 61 tahun dan sebagai koperasi tertua di negeri ini perlu terus kekal relevan dan menjadi pilihan kepada penjawat awam.

Hajiji (empat dari kiri) ketika menyampaikan sumbangan Program Pembangunan Sekolah kepada wakil Sekolah Kebangsaan Sinapokan, Menumbok.

Hajiji (empat dari kanan, belakang) ketika menyaksikan upacara menandatangani perjanjian diantara KOPEKS dan AA Damai Development SDN Bhd. 

"Selain itu, koperasi ini pernah mencapai sehingga 20,000 ahli dalam era akhir 70-an dan 80-an dan saya masih ingat pada ketika itu KOPEKS turut menyediakan kemudahan pembiayaan kredit serta pelbagai kemudahan lain kepada ahlinya.


KENANGAN...Hajiji (tengah) ketika bergambar kenangan bersama dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 KOPKES.

“Walaupun bilangan ahli yang aktif ketika ini seramai 5,898 orang saya percaya ini akan menjadi sumber kekuatan kepada KOPEKS, sekiranya ahli bersatu dan memberi sokongan kepada pengurusan serta kepimpinan koperasi saya yakin KOPEKS akan mengekalkan kejayaan dan kecemerlangannya,” jelas beliau.

Hadir sama,Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair dan Pengerusi Lembaga KOPEKS, Datuk Dr. Saat Ag Damit./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos