Raptai Penuh SEA Youth U18 Athletics Championship Ke-16 Berjalan Lancar

Wartawan :  Idris Sani Saberun
Foto : Mohd Sazwan Bin Roslan  




KOTA KINABALU: Raptai penuh Perasmian Kejohanan SEA Youth U18 Athletics Championship Ke-16 berjalan lancar di Stadium Likas pada Rabu.


Sekitar suasana persiapan Perasmian Kejohanan SEA Youth U18 Athletics Championship Ke-16 di Stadium Likas.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu akan menyaksikan penglibatan seramai 200 atlet muda dari 11 buah negara di Asia Tenggara.

Acara raptai dimulai dengan persembahan tarian sambut tamu daripada artis-artis budaya, Lembaga Kebudayaan Sabah disusuli dengan ikrar kejohanan dan perarakan masuk kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.


Persembahan tarian sambut tamu oleh penari-penari Lembaga Kebudayaan Sabah.

Suasana bacaan ikrar kejohanan.


Turut menyertai raptai penuh adalah lapan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditugaskan untuk membawa masuk bendera kejohanan yang diketuai Pegawai Waran 1 Firdaus Ahmad.

Perarakan masuk bendera kejohanan oleh anggota TLDM.


 Firdaus ketika menaikkan bendera kejohanan.

Bendera kejohanan itu seterusnya dinaikan pada tiang bendera untuk dikibarkan sepanjang kejohanan menandakan berlangsungnya kejohanan tersebut di venue yang dipilih.


Majlis perasmian akan diadakan esok (28 November) dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang bermatlamat untuk mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi menjadi bintang sukan di peringkat antarabangsa./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos