Infrastruktur Asas, Utiliti Perlu Perhatian Khusus Persekutuan: Hajiji

 Wartawan        : Idris Sani Saberun

Jurufoto            : Johnny Joklis


KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diminta memberi keutamaan pembangunan infrastruktur asas dan utiliti di Sabah melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata pengukuhan infrastruktur asas dan utiliti merupakan salah satu aspek pembangunan yang kritikal di Sabah dan memerlukan perhatian khusus kerajaan persekutuan.

Shahelmey (tengah), Rafizi (empat dari kiri), James (tiga dari kiri), Hashim (dua dari kiri), Yatimah (dua dari kanan), Rosli (tiga dari kanan) dan Safar (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama-sama 350 peserta.


"Penyediaan utiliti asas seperti bekalan air bersih dan elektrik yang lengkap, terutamanya di kawasan luar bandar, adalah aspek penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat, selain dapat merangsang pelbagai aktiviti seperti pertumbuhan ekonomi dan pelaburan.

"Ini penting bagi mencipta persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan sosioekonomi yang mampan di Sabah," ujar Hajiji.

Shahelmy ketika membacakan teks ucapan Hajiji pada Majlis Sesi Libat Urus RMK-13 Kementerian Ekonomi Bersama Kerajaan Negeri.

Shahelmy ketika membacakan teks ucapan Hajiji pada Majlis Sesi Libat Urus RMK-13 Kementerian Ekonomi Bersama Kerajaan Negeri.

Katanya, jurang pembangunan yang signifikan antara bandar dan luar bandar di Sabah merupakan cabaran yang perlu diatasi secara kolektif.

Rafizi ketika membentangkan Kerangka RMK-13 bagi negeri Sabah.

"Pembangunan yang seimbang adalah kunci kepada kesejahteraan masyarakat, oleh itu  kerajaan negeri komited untuk memastikan semua rakyat, tanpa mengira lokasi geografi dapat menikmati manfaat pembangunan," jelasnya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk lr. Shahelmey Yahya pada Sesi Libat Urus RMK-13 Negeri Sabah Peringkat Persekutuan Bersama Kementerian Ekonomi dekat sini pada Khamis.

Rafizi ditemani Yatimah (kanan) ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh para peserta.

Tambah Hajiji, Sabah merupakan penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nasional pada tahun 2023 dengan sumbangan RM83.2 bilion atau 5.3 peratus daripada keseluruhan KDNK negara.

Dengan potensi ekonomi yang luas dan sumber daya yang melimpah, Sabah diyakini mampu meningkatkan sumbangan kepada KDNK nasional melalui pembangunan sektor perniagaan, pelaburan dan aktiviti ekonomi berimpak tinggi.

Beliau juga menekankan pentingnya pembangunan aktiviti hiliran dalam industri utama seperti biojisim, kelapa sawit, minyak dan gas bagi mencipta peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup rakyat. 

Shahelmey ketika menerima cenderamata daripada Rafizi (kiri) sambil disaksikan Safar (dua dari kanan dan Yatimah( kanan).


Hajiji turut menyeru agar semua kementerian, jabatan, dan agensi  kerajaan negeri dilibatkan secara proaktif dalam perancangan projek di bawah RMK-13 untuk memastikan pelaksanaan projek memenuhi keperluan negeri.

"Dengan penglibatan awal ini, kita dapat memastikan pelaksanaan projek yang benar-benar memenuhi keperluan negeri dapat diberi keutamaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury turut mengambil bahagian pada sesi dialog bersama Kementerian Ekonomi.

"Selain itu, kolaborasi bersama agensi negeri dalam menentukan projek pembangunan di bawah pembiayaan persekutuan juga dapat meningkatkan potensi kebolehlaksanaan projek kerana isu-isu seperti ketersediaan tapak dan utiliti serta cadangan intervensi yang sesuai dapat dikenal pasti di peringkat awal," jelasnya.

Hajiji turut berharap inisiatif kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan dalam RMK-12 untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dapat diteruskan dan diperkasakan melalui RMK-13.

Rafizi ketika menjawab soalan daripada media pada sidang media sejurus menghadiri sesi dialog bersama para peserta.

"Melalui kerjasama berterusan antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kita mampu menyediakan peluang setara kepada semua rakyat Sabah untuk menikmati kemajuan yang lebih baik," katanya. 

Hadir sama, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli IsaSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi Datuk Dr Yatimah Sarjiman dan Ketua Eksekutif SEDIA Datuk Seri Hashim Paijan./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos