Sambutan Luar Biasa Rakyat Sabah Semasa Ketibaan Tun Musa

 Wartawan :  Zuraidah Ahmad
 Foto :   Johny George Kimlon


KOTA KINABALU:  Sambutan luar biasa rakyat Sabah berlangsung semasa ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.

Tun Musa melambai tangan kepada ribuan rakyat yang menyambutnya di Terminal 2 KKIA.


Pesawat khas yang membawa Tun Musa bersama-sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong selamat mendarat pada jam 12.02 tengah hari tadi.

Arifin (tengah) ketika menyambut Tun Musa.


Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Ruddy Awah, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Panglima Dr, Mohd Salleh Said Keruak, di samping ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Tun Musa mengaminkan doa yang dipimpin oleh Pegawai JHEAINS.


Selain itu, sambutan meriah di luar turut berjalan di luar kawasan Terminal 2 KKIA dengan tarian, alunan muzik tradisional serta lambaian oleh rakyat dari beberapa DUN antaranya, Libaran, Liawan, Klias dan Membakut

LAMBAIAN...Tun Musa melambaikan tangan kepada rakyat dalam kenderaan.


Semalam, Tun Musa menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Balairung Kecil, Istana Negara.

Antara kain rentang yang dibawa bersama rakyat dari beberapa daerah.


Pelantikan tersebut bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal sejak 1 Januari 2011./Penerangan-


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos