EKSES 2025 Perkasa Usahawan Warga Emas Sabah

 Wartawan        : Suzaima Ibrahim

Jurufoto            : Johny George Kimlon


KOTA KINABALU: Ekspo Semarak Emas Sabah (EKSES) 2025 berjaya memperkasakan penglibatan golongan warga emas dari seluruh Sabah dalam bidang keusahawanan.

Shahelmey ketika berucap di Majlis Perasmian dan Penutupan EKSES 2025.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata program EKSES amat unik dan menarik di samping memberi peluang kepada warga emas dalam menjana ekonomi setempat.

"Selain menjana perekonomian lebih 80 usahawan yang terlibat, pada masa sama memberi  ruang kepada warga emas untuk berinteraksi melalui aktiviti yang disusun khas untuk mereka seperti yang kita nampak sendiri hari ini. 

Shahelmey ketika ditemui media.

"Terima kasih kepada Jabatan kebajikan Masyarakat Sabah kerana menyokong program ini yang melibatkan ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kawasan dan seluruh negeri, tahniah atas kejayaan menghimpun sebahagian besar warga emas dari seluruh Sabah melalui program ini.

"Ini adalah satu daripada inisiatif ataupun usaha untuk mengaktifkan golongan warga emas di usia tua mereka, jadi kita berharap program seperti ini akan sentiasa mendapat sambutan serta diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutupan EKSES 2025, pada Ahad.

Shahelmey (tengah) ketika melawat reruai pempamer yang menyertai program tersebut.

Tambah beliau lagi, kebersamaan dalam menjayakan program tersebut membuktikan  komitmen semua pihak merancakkan aktiviti golongan warga emas yang amat penting  bukan sahaja untuk merangsang ekonomi tetapi juga membantu dalam menjaga kesihatan badan juga mental.

Program tiga hari anjuran Pertubuhan Semarak Emas Sabah (PEMAS) dan Persatuan wanita Berniaga (PEWAGA) itu menghimpunkan lebih 3,000 pengunjung dan memberi impak positif kepada semua peserta./Penerangan

Shahelmey (dua dari kanan) ketika majlis berlangsung.

KENANGAN... Shahelmey (lima dari kanan) menerima cendera kenangan dari Mariah (lima dari kiri).

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos