Negara Perlu Stabil Agar Usaha Pentadbiran, Peningkatan Ekonomi Difokuskan-TPM II

 Wartawan        : Hamidah Len

Jurufoto            : Shahvian Mohd Razali


TUARAN : Malaysia sebagai negara membangun memerlukan kestabilan agar usaha dapat difokuskan kepada pentadbiran, pengurusan dan peningkatan ekonomi.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perpaduan perlu terus dikekalkan bagi mewujudkan persefahaman antara rakyat dan kestabilan negara.

Fadillah ketika ditemui media.

“Saya menyarankan peri pentingnya untuk kita kekalkan perpaduan di kalangan masyarakat dan salah satu caranya ialah dengan adanya majlis di mana rakyat boleh berjumpa.  

"Di situlah akan wujud asimilasi dan dengan itu diharapkan akan ada persefahaman, bila kita ada persefahaman, maka wujudlah rasa hormat menghormati.

"Kita sedar bahawa toleransi dalam kepelbagaian ini amat penting, untuk kita pastikan keharmonian bukan saja dalam masyarakat, tapi memastikan kestabilan negeri dan negara kita.

Fadillah (kanan) menandatangani plak perasmian Surau Anjung Sri Wangi Kampung Roun

"Apatah lagi, kita sebagai sebuah negara membangun, amat perlu untuk kita pastikan kestabilan sama ada politik sebab dengan kestabilan itulah kita akan dapat fokus kepada mentadbir, mengurus negeri dan negara kita," katanya selepas merasmikan Surau Anjung Sri Wangi Kampung Roun, pada Ahad.

Beliau turut menekankan bagi memastikan kestabilan, kemampuan, kelestarian dan kemampanan bekalan tenaga, hubungan kerjasama  kerajaan negeri dan persekutuan perlu ditingkatkan.

Fadillah (duduk) merasmikan Surau Anjung Sri Wangi Kampung Roun.

"Satu, di mana kita nak menjanakan tenaga elektrik kita, yang kedua, bagaimana kita nak pastikan transmission line, iaitu grid system perlu dipertingkatkan dan yang lebih utama ialah dalam konteks Borneo Grid dan juga ASEAN Power Grid.

 Fadillah menyantuni penduduk Kampung Roun.


"Kita tidak akan mampu untuk menjana tenaga dalam konteks negeri kita sendiri, tapi kita boleh berkongsi antara negeri dan antara jiran negara," tambahnya.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Sabah Electricity bersama Komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Seri Sulaman./Penerangan

 Fadillah bergambar kenangan dengan sebahagian penduduk Kampung Roun.

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos