ATM Laksana 'Gap Analysis' Perkukuh Pasukan

 Wartawan    : Nazri Ramshah Abdul Basah
Jurufoto        : 
Johny George Kimlon


KOTA KINABALU:  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan gap analysis dalam usaha memperkukuhkan pasukan termasuk menghadapi ancaman siber.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, selain menghadapi cabaran konvensional cabaran siber juga antara ancaman utama yang perlu diberi perhatian.

“Pada masa ini juga, ATM sedang melaksanakan gap analysis bagi mencari ruang yang perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang yang ada agar dapat membina pasukan yang mantap pada masa akan datang.

Nizam ketika ditemui media.

Suasana semasa kunjungan oleh rombongan PAT.

Suasana semasa kunjungan oleh rombongan PAT.


Kenangan..Tun Musa (dua dari kiri) dan Toh Puan Faridah (dua dari kanan) bergambar bersama PAT (kiri) dan isteri (kanan).




“Beberapa perkara perlu ditambah baik untuk meningkatkan lagi kekuatan dan pertahanan pasukan sedia ada bagi menghadapi cabaran siber ini,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, pada Rabu.

Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan menzahirkan kesiapsiagaan ATM untuk terus menjalinkan kerjasama bagi mempertahankan kedaulatan Negeri Sabah.

Mohd Nizam turut menyatakan ATM akan sentiasa memastikan keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah menjadi keutamaan pasukan.

Kunjungan tersebut merupakan yang pertama sejak beliau dilantik sebagai PAT mulai 31 Januari lalu dan turut menemani beliau ialah isteri, Datin Risia Sheikh Ali Omar Bajarai.

Hadir sama, Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md. Lepi dan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi Idris./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos