Tun Musa Hadir Forum Ambang Ramadan 1445H
Wartawan : Mohd Haizul Rohani
Jurufoto : Azman Jumat/Mohd Rizal Matasan
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Forum Ambang Ramadan 1446 H/2025M.
Forum yang diadakan di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu itu menampilkan penceramah terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias dan Johan Qariah Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman manakala Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Ag Juri Ag Tahir sebagai moderator.
Forum berlangsung selama lebih sejam itu bersama lebih 200 orang jemputan yang lain bermula selepas solat Isyak dan memfokus kepada kemuliaan, persiapan dan aktiviti pengisian dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.
![]() |
| Tun Musa (kanan) sebelum forum Ambang Ramadan bermula bersama Hajiji. |
![]() |
| Tun Musa (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Kazim selaku panel jemputan forum. |
![]() |
| Suasana semasa forum diadakan. |
![]() |
| Tun Musa (depan, dua dari kanan) tiba di Dewan Istiadat. |
![]() |
| Suasana semasa forum diadakan. |
Antara yang hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar. /Penerangan-





Comments
Post a Comment