Wartawan : Mohd Haizul Rohani
Jurufoto : Volintine Jiloh
KOTA KINABALU: Seramai 20 anak yatim dan balu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah menerima sumbangan zakat daripada Majlis Ugama islam Sabah (MUIS).
Sumbangan tersebut disampaikan oleh yang Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, dalam Majlis Berbuka Puasa PDRM Kontinjen Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Peringatan Hari Polis Yang Ke-218 Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Selasa.
Tun Musa yang ditemani isteri, Toh Puan Faridah Tussin turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak yatim dan balu terbabit.
Pada majlis itu, beliau diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menunaikan solat maghrib, isyak dan Tarawih bersama kira-kira 700 orang jemaah di Surau Fisabilillah IPD KK.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Samin Sabitha, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun./Penerangan-
 |
| Jauteh (empat dari kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Tun Musa kerana sudi hadir ke majlis tersebut. |
 |
| Jauteh (kanan) menyambut ketibaan Tun Musa di IPD KK. |
 |
| KENANGAN...sesi foto bersama warga PDRM yang hadir ke majlis tersebut. |
 |
| Toh Puan faridah (dua dari kiri) turut menyampaikan sumbangan dalam majlis tersebut. |
 |
| Tun musa (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima yang merupakan anak yatim anggota PDRM. |
 |
| Acara memotong kek sempena Hari Ulang tahun Polis Ke-218. |
Comments
Post a Comment