Masjid Baharu Akan Dibina di Kg Bangka-Bangka
Wartawan : Nazri Ramshah
Jurufoto : Mohd Sazwan Roslan
KOTA KINABALU: Sebuah masjid baharu akan dibina di Kampung Bangka-Bangka bagi menggantikan masjid sedia ada.
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ts. Mustapa Sakmud, masjid dengan peruntukan RM6 juta di tapak baharu itu kini di peringkat konsultasi.
“Perdana Menteri sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta pada tahun 2024 bagi membina masjid di tapak yang baharu.
“Pada masa ini, masih di peringkat konsultasi, sekiranya selesai kita akan melantik kontraktor yang berkelayakan bagi memulakan pembinaan memandangkan peruntukan sudah ada,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Ihya Ramadan Zon Sabah.
![]() |
Mustapa menyampaikan ucapannya. |
![]() |
| Mustapa ketika ditemui media. |
![]() |
| SUMBANGAN...Mustapa (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil asnaf. |
![]() |
. Mustapa (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf. |
![]() |
| CENDERAHATI...Ismail (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mustapa (kiri). |
Pada majlis itu, Mustapha juga merupakan Ahli Parlimen P.171 Sepanggar menyantuni 34 asnaf di kampung tersebut anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM).
Beliau berharap JKOM akan lebih memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat lebih memahami kerangka Malaysia MADANI yang digariskan oleh Perdana Menteri.
Turut hadir Ketua Pengarah JKOM Datuk Ismail Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Strategik JKOM, Suwadi Guliling, Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) Sabah Mohd Shahrudin Karim dan Pengarah JKOM Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Milus Alu @ Abd Wahad./Penerangan-





Comments
Post a Comment