500 Orang Terima Sumbangan Petronas

 Wartawan :  Matfazly bin Mat Kassim
 Foto :  Johnny Joklis / 


KOTA KINABALU : Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menghulurkan sumbangan kepada 500 orang penerima sempena perayaan Pesta Kaamatan dari sekitar kawasan Menggatal.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan dalam Program Memacu Kehidupan anjuran Yayasan PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Kebajikan  Am Sabah di salah sebuah hotel terkemuka pada Selasa.

PERHARGAAN... Siti Azlina (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Datuk Jeffrey. 



Jeffrey semasa ditemui media mengucapkan penghargaan ke atas peranan yang dimainkan oleh PETRONAS kepada masyarakat khususnya di Sabah.

"Saya bagi pihak kerajaan negeri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas peranan yang penting yang dimainkan oleh PETRONAS ini dalam bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi juga kebajikan masyarakat.


Barisan pelakon dan kru penerbitan filem Tonorindak Olisi ditampilkan pada Pelancaran filem. 


 

"Setiap tahun, Petronas memainkan peranan untuk membantu masyarakat kita yang kurang bernasib baik," katanya.


Pada majlis itu juga turut diadakan pelancaran filem sempena Sambutan Pesta Kaamatan bertajuk "Tonorindak Olisi" (Mahkota Teristimewa). 

 Jeffrey (dua dari kanan) beramah mesra dengan penerima sumbangan dari Yayasan Petronas. 

Mengulas mengenai filem yang dilancarkan Jeffrey mengajak masyarakat menghayati nilai dan mesej yang cuba disampaikan melalui filem pendek tersebut. 

"Ia merupakan sebuah filem yang menyentuh hati dan memberikan mesej yang berguna kepada kita, mengisahkan tentang perjalanan seorang finalis Unduk Ngadau . 

SUMBANGAN...Datuk Jeffrey (tengah) menyerahkan sumbangan barangan asas kepada penerima bersama Siti Azlina (kanan) 

"Walaupun beliau hanya mendapat tempat kedua, namun beliau mendapat sokongan yang kuat dari semua pihak seperti keluarga, komuniti yang memberi beliau semangat dan inilah yang harus kita pelajari," jelasnya. 


Jeffrey (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat dan kakitangan PETRONAS yang hadir


Turut hadir dalam program tersebut Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Myrna Jimenez @ Isabelo, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Datuk Jasmine Teo, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Siti Azlina A Latif  dan Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul./Penerangan

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos