Jamuan Makan Malam Amal OSCA Oktober Depan

 Wartawan :  Suzaima Ibrahim
 Foto :  Volintine Jiloh


KOTA KINABALU:  Majlis Jamuan Makan Malam Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA) bakal diadakan pada 4 Oktober depan.

Addy ketika ditemui media.

Presiden OSCA, Drs. Noran Addy Sukiran berkata majlis tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong program serta aktiviti pembangunan modal insan dan infrastruktur termasuk projek membina mini stadium di padang sekolah berkenaan.

Suasana ketika berlangsungnya sesi kunjungan tersebut.  



"Kita akan teruskan agenda untuk sekolah dan kita adalah orang tengah sekolah.

"Maktab Sabah melahirkan pemimpin-pemimpin yang ada di Sabah jadi, kita akan balik ke Maktab Sabah untuk membantu sekolah ini.

Addy (kiri) sedang menjelaskan sesuatu kepada Tun Musa   (kanan) semasa
sesi kunjungan berlangsung.



"Kita juga merancang beberapa program OSCA untuk mengumpul dana termasuk Majlis Jamuan Makan Malam Amal OSCA 2025. Target utama kita untuk membina mini stadium di Padang Maktab Sabah," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

KENANGAN... Addy (tiga dari kanan) dan rombongan merakam kenangan bersama Tun Musa(empat dari kanan).


Kunjungan tersebut bertujuan untuk mendapat perkenan Tun Musa untuk menjadi Penaung OSCA yang baharu, selain menjemput Tun Musa yang juga Alumni Maktab Sabah sebagai tetamu kehormat dalam majlis terbabit.

OSCA ditubuh sejak tahun 1977 dan merupakan alumni terbesar di negeri ini dengan keahlian yang kini mencecah 1,000 ahli./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos