Pelajar Perlu Miliki Kemahiran Holistik, Cemerlang Akademik — Mohammad Arif

 Wartawan :  Hamidah Len
 Foto :  Jeffren Malaning


KOTA KINABALU: Selain kecemerlangan akademik, para pelajar perlu menguasai kemahiran insaniah, kecekapan teknologi dan pemikiran kritis serta kreatif.
 
Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, pelajar masa kini perlu bersedia melangkaui batasan tradisi pendidikan bagi membentuk hala tuju negara yang lebih progresif.

Mohammad ketika menyampaikan ucapan perasmian.

"Ilmu tidak lagi terbatas di bilik darjah. Ia berkembang merentasi sempadan geografi, bahasa dan budaya. 

"Justeru, kecemerlangan akademik perlu digandingkan dengan keupayaan berfikir secara kritis, kreativiti, serta penguasaan teknologi dan kemahiran insaniah," jelas beliau.

Mohammad Arif (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada pelajar terbaik SMK Bandaraya 2024.

Menurut Mohammad Arif, majlis seumpama bukan sekadar mengiktiraf pencapaian pelajar, tetapi juga menghargai ketabahan, keazaman dan kerja keras yang ditunjukkan sepanjang tempoh pembelajaran.

"Kejayaan hari ini bukanlah noktah terakhir, sebaliknya permulaan kepada satu perjalanan yang lebih mencabar. Penghargaan juga wajar diberikan kepada para guru yang terus memartabatkan profesion perguruan hingga berjaya melahirkan modal insan berkualiti tinggi," ujarnya.

Mohammad Arif (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada pelajar terbaik SMK Bandaraya 2024.


Beliau turut menyeru para pelajar supaya tidak mudah berpuas hati sebaliknya, terus berusaha menjadi individu berilmu dan berbakti kepada masyarakat serta negara.

Rohani ketika menyampaikan ucapan aluan.


Sementara itu, Pengetua SMK Bandaraya Rohani Ramlee berkata keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sekolah berkenaan mencatat peningkatan memberangsangkan apabila 97.53 peratus calon layak menerima sijil berbanding 95.34 peratus pada tahun sebelumnya.

"Selain kecemerlangan akademik, pelajar SMK Bandaraya turut menyerlah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta sukan hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan," katanya.


Mohammad Arif (empat kanan) ketika gimik perasmian majlis.


Tambah beliau, kejayaan tersebut hasil sokongan padu semua pihak termasuk ibu bapa, komuniti setempat serta dedikasi guru yang sentiasa memperjuangkan pendidikan holistik./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos