Unduk Ngadau Duta Budaya Sabah – Jeffrey
Wartawan : Siscalistorina Janius
Foto : Azman Jumat
PENAMPANG: Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan warisan, tetapi menjadi platform penting memelihara budaya, menyatupadukan masyarakat dan memperkasakan peranan wanita sebagai duta budaya Sabah.
![]() |
| Jeffrey ketika menyampaikan ucapannya. |
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, berkata pertandingan Unduk Ngadau kini melangkaui aspek keanggunan semata-mata, sebaliknya berperanan mempromosikan kekayaan budaya dan keindahan negeri secara kreatif serta memberi impak ekonomi kepada komuniti.
![]() |
| Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) ketika tiba di Dewan KDCA. |
“Unduk Ngadau bukan sahaja simbol kecantikan dan keanggunan, tetapi juga pemelihara serta penyampai identiti budaya. Mereka kini menjadi ‘influencer’ dalam bidang masing-masing, mempromosikan produk tempatan dan menjana manfaat kepada diri dan masyarakat,” ujarnya.
![]() |
| Toh Puan Faridah (empat dari kiri) ketika menyampaikan trofi kepada pemenang Tati Topiodo Unduk Ngadau Kaamatan 2025. |
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Sodop Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA), pada Khamis.
![]() |
| Toh Puan Faridah (empat dari kiri) ketika menyampaikan trofi kepada pemenang Tati Tosuau Unduk Ngadau Kaamatan 2025. |
Jeffrey yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kaamatan berkata, tema sambutan kali ini, ‘Kaamatan Untuk Semua’ mencerminkan komitmen Sabah dalam meraikan keterangkuman, keharmonian dan kepelbagaian etnik di negeri ini.
![]() |
| Juliah (tiga dari kiri) ketika menyampaikan trofi kepada pemenang Tati Basaan Tinandai Togingo, Slecther Myranda Floyd mewakili daerah Penampang. |
“Pesta Kaamatan yang memasuki tahun ke-65 adalah cerminan ketahanan dan kekayaan budaya masyarakat pelbagai kaum di Sabah. Ia menjadi lambang perpaduan dan khazanah budaya yang harus dipelihara tanpa mengira latar belakang,” jelasnya.
![]() |
| Penampilan finalis Unduk Ngadau Kaamatan 2025. |
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan Kaamatan termasuk penganjur, sukarelawan, peserta dan masyarakat umum yang terus memelihara nilai-nilai tradisi.
![]() |
| Penampilan finalis Unduk Ngadau Kaamatan 2025. |
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin, dan Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.
![]() |
| Artis tempatan, Datuk Francis Landong (kanan) antara yang menghiburkan penonton dalam majlis tersebut. |
Toh Puan Faridah menyampaikan anugerah subsidiari kepada dua peserta Unduk Ngadau iaitu Tati Einnawenda Wenceslaus (Kunak) selaku pemenang Tati Tosuau, dan Tati April Adelaide Agedius (Tuaran) selaku pemenang Tati Topiodo Unduk Ngadau Kaamatan 2025.
![]() |
| Pemenang Unduk Ngadau Kaamatan 2024. |
Hadir sama, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Pengerusi Majlis Wanita Pertubuhan Kadazandusun Murut Malaysia (KDCA) merangkap Pengerusi Bersama Unduk Ngadau 2025, Tindarama Datuk Joanna Datuk Kitingan; dan Pengerusi Bersama Unduk Ngadau 2025, Dr Mary Gambidau./Penerangan-




.jpg)




Comments
Post a Comment